Monday, September 28, 2009

RUMAH TERBUKA

RUMAH TERBUKA : SATU KONSEP MURNI ERAT SILATURAHIM

Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini paling istimewa pada sambutan Aidilftri sepanjang bulan Syawal.

Nikmat syawal juga nyata paling bernilai buat umat Islam di negara ini, berikutan amalan rumah terbuka adalah pentas untuk bertemu, berkenal mesra mahupun menjamu tetamu bagi mensyukuri rezeki yang diterima.

Yang jelas amalan ini juga menjadi medan antara tetamu dan penganjur untuk lebih mengenali secara istimewa termasuk anak-anak rakan, isteri serta keluarga masing-masing berikutan kebiasaan pertemuan antara mereka hanya terhad di pejabat atau di tempat kerja.

Alhamdullillah syukur ,pada tahun ini saya dapat mengadakan rumah terbuka. Terima kasih kepada staf SKBL, SMKDLP, jiran2, keluarga saya dan sebelah isteri dan sahabat handai yang berkunjung pada hari raya ke 5 bersamaan 24 Sept. 2009.

Walaupun penat melayan tetamu sehingga kemalam, tetapi rasa puas kerana dapat berjumpa, berkenal-kenalan dan bermaaf-maafan. Rumah terbuka ini juga seperti ”reunion kecil” bagi member serumah no 210 kolej Aminuddin Baki UPSI dulu.
Terima kasih Ya Lazim dan Ya Ansori beserta keluarga kerana hadir. Khalil tidak dapat hadir kerana keletihan mengemas rumah, Hafiz kerana jauh di N9.

Kepada kekawan lain saya pohon maaf kerana tak sempat menjemput. Perancangan untuk mengadakan rumah terbuka ini hanya last minit saja.Itu pun mujur ada katerer yang sanggup. Terima kasih kepada PAQDA Catering yang sanggup .Kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan SP saya syorkan kalau nak buat majlis kenduri atau jamuan boleh ambil katerer ini. Masakannya sedap.Iklannya ada dlm internet, boleh pilih menu yang kita kehendaki.

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, samada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin.

Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.

Tidak dapat dinafikan inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak diperolehi dalam bulan-bulan yang lain, berikutan di bulan inilah kita dapat berjumpa dan berkenal-kenalan, selain bertemu saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan dengan melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan persaudaraan yang sejati.

Simboliknya, Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaran ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni.

Aidilfitri secara langsung merapatkan hubungan rakan sekerja dalam suasana yang lebih harmoni atas dasar kesungguhan bekerja, produktiviti meningkat, galakan untuk bekerja lebih berkualiti selain merapatkan hubungan mesra berikutan keterbatasan pergaulan di pejabat.

Janganlah kita menjadikan Aidilfitri sebagai medan pembaziran, ruang mengisi hari hari Syawal dengan kelalaian atau pentas merenggangkan hubungan sesama insan kerana ianya amat merugikan bukan sahaja buat diri, keluarga dan negara.

Monday, September 14, 2009

KESIBUKKAN DAN DUGAAN DIBULAN RAMADHAN

Terima kasih kepada semua guru-guru SKBL yang telah bertungkus lumus dalam segala program sekolah.Sebelum,semasa dan selepas UPSR. Kerjasama sebegini melambangkan keakraban yang telah sekian lama terjalin.

Tumbang seekor lembu dan gotong royong memasak menu untuk berbuka memang memerlukan banyak tenaga, tapi Alhamdulillah kita berjaya juga menganjurkan nya.

Majlis Iftor Jamaie Ramadhan membuktikan kekuatan kerjasama yang telah diberikan.Bukan senang nak menganjur majlis ini dimana pada malam itu ibubapa,murid,Executive SD dan Msia Prihatin juga turut hadir.

Kepada semua penyumbang, tidak kira sama ada dlm bentuk kebendaan,kewangan dan tenaga saya ucapkan berbanyak terima kasih.Anak2 murid yang yatim dan murid miskin tentu terhibur kerana dapat bantuan kewangan.syukur Alhamdulillah, Allah saja yg dapat membalaskan nya kepada para penyumbang.

Dalam kesibukkan kerja rutin sekolah,saya juga terpaksa menerima dugaan.Ayahanda saya telah dimasukkan ke Hospital kerana disyaki mengidap kanser darah tahap 3 (luekimia ).Sehingga hari ini masih lagi berada di hospital Alor setar( 10 hari dah). Kami adik beradik bergilir2 menjaganya.Saya sempat menjaganya selama 2 malam.
Semuga kesibukkan dan dugaan dibulan Ramadhan ini dapat ditempuhi dan diberkati Allah SNT.Didoakan semoga ayahanda akan sembuh dan dapat beraya dirumah.Amin.

Friday, June 26, 2009

RINDU SERINDUNYA

Rindu satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah..
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman.
Rindu ku adalah terhadap Baitullah yang pernah aku kunjungi lebih kurang 12 tahun yang lalu sewaktu menunaikan umrah. Kini rindu itu begitu menebal, melonjak-lonjak untuk kesana kembali.Aku doakan semoga senarai menunggu untuk mengerjakan fardhu haji tahun ini yang aku terima tempoh hari menjadi kenyataan di senaraikan dalam pilihan insan yang berjaya dipilih.Tak dapat ku bayangkan betapa sayunya apabila pertama kali melihat kaabah,menitis air mata kejantanan yang selama ini tidak pernah mengalir keluar.Se ego mana pun insan itu,aku percaya apabila melihat kaabah dia pasti menitis air mata tanpa dipaksa.Air mata keinsafan atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada disedari atau tanpa disedari.
Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepadaku. Aku juga harus bersyukur kerana aku mungkin akan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal ku seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Aku berharap kawan-kawan dapat mendoakan aku mengerjakan haji ifrad pada tahun ini.Pada kawan-kawan yang mengenali ,aku mohon maaf sekiranya ada kesilapan, terguris hati dan halalkan makan minum selama perkenalan kita.
Aku bercadang untuk mengerjakan Haji Ifrad.Haji Ifrad memerlukan pengorbanan dan pantang larang yang ketat yang perlu dihadapi.Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Semoga aku dapat menempuhi cabaran-cabaran sewaktu mengerjakannya.

Saturday, June 13, 2009

MAKHLUK JIN & SYAITAN

Dalam tempoh sekolah bercuti,aku sempat membeli dan membaca sebuah buku "Perangkap Jin & Syaitan".Tak lah setebal mana,ungkapan bahasa yang digunakan begitu mudah difahami. Kupasan isinya memang menarik.Pada pandangan aku kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini kita perlu tahu.

Sebab bermula dari ciptaan Adam & Hawa, perasaan dendam dan hasad dengki sentiasa bermain di benak fikiran syaitan.Pelbagai perancangan strategik yang direncanakan untuk menyingkirkan Adam & Hawa dari syurga.Akhirnya mereka tertewas dalam perangkap syaitan.apatah lagi kita sebagai makhluk Allah SWT yg lemah ini sentiasa perlu berwaspada terhadap perangkap syaitan ini.

Mendekatkan diri dan memohon perlindungan kepada Allah SWT setiap masa merupakan jaminan dan senjata yang terbaik dalam mempertahankan diri dari perangkap jin & syaitan.Disamping itu juga, mempelajari dan mengetahui perwatakan yang dimiliki syaitan juga mampu mempertahankan diri.Tipu daya dan hasutan yang ditebarkan tidak pernah berkurangan dan terhenti melainkan apabila tibanya saat kehancuran dunia ini.

Semoga apa yang aku dapat perolehi daripada buku yang dibaca ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan bloggers, InsyaAllah.

DIALOG IBLIS DENGAN ALLAH SWT.
Anas b. Malik r.a. berkata begini :

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam tempat kediaman utk mereka
berteduh dn berzikir kepdaMu,dimanakah tempat untuk aku pula?

Firman Allah : Tempat kediamanmu adalah didalam tandas.

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul dimasjid,dimana
pula tempat untukku berkumpul?

Firman Allah : Tempatmu berkumpul ialah pasar2,pesta,pusat membeli belah,kelab2
malam,tempat2 hiburan serta majlis2 maksiat.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam itu kitab (AlQuran)untuk
mereka baca,apapula bahan bacaanku?

Firman Allah : Bacaan untuk mu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan azan untuk anak Adam memanggil orang
bersembahayang, apa pula azan untukku ?

Firman Allah : Azan untukmu ialah seruling.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan Nabi,
siapakah yang menjadi utusanku?

Firman Allah : Para utusanmu terdiri daripada bomoh,tabib dan dukun yang menduakan
aku.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam kitab suci Alquran yang
bertulis, apakah pula tulisan bagiku ?

Firman Allah : Tulisanmu ialah tatu,gincu serta lukisan dibadan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam minuman yang halal yang
disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?

Firman Allah : Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebut namaKu
padanya.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku ?

Firman Allah : Perangkap bagimu ialah wanita.

Sama-samalah kita renung dialog tersebut dan membuat analisis dengan keadaan semasa.Semoga ianya menjadi panduan kepada semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh kita supaya tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan.

Tuesday, June 2, 2009

Monday, June 1, 2009

BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA......!!!



Buruk atau baiknya perangai anak-anak kita di masa hadapan ditentukan oleh kita sendiri.Ia bermula dari saat kelahiran sehinggalah mereka memcecah usia dewasa.Allah telah mengamanahkan anak-anak kepada ibu bapa agar dibekalkan segala kasih sayang dan ilmu yang berguna di dunia dan akhirat.Maka janganlah kita mengabaikan tanggungjawab ini.

Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik, begitulah juga sebaliknya.anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya.Oleh itu, pastikan acuan yang anda gunakan adalah yang bersesuaian.

Amanah kepada guru-guru pula adalah untuk mencantikkan adunan dalam acuan tersebut, supaya anak-anak didiknya menjadi insan yang kamil dan bertakwa.APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA DAN PENDIDIK ??

RENUNGAN KATA-KATA ILMUAN:

"Jika anak dibesarkan dgn celaan,dia akan belajar mencaci"
"jika anak dibesarkan dgn permusuhan,ia akan belajar berkelahi"
"jika anak dibesarkan dgn cemuhan,ia akan belajar memencilkan diri"
"jika anak dibesarkan dgn kerjasama,ia akan belajar menahan diri"
"jika anak dibesarkan dgn motivasi,ia akan belajar menghargai"
"jika anak dibesarkan dgn sebaik-baik tindakan,ia akan belajar keadilan"
"jika anak dibesarkan dgn rasa selamat,ia akan belajar menyenangi diri sendiri"
"jika anak dibesarkan dgn kasih sayang dan persahabatan,ia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupan"

KEKAYAAN BUKANLAH SATU DOSA DAN KECANTIKAN BUKANLAH SATU KESALAHAN.OLEH ITU JIKA ANDA MEMILIKI KEDUA-DUANYA JANGANLAH ANDA LUPA PADA YANG MAHA BERKUASA.

BAHAYA TELEFON BIMBIT

Sekadar buat renungan kawan-kawan yang menggunakan lebih dari satu telefon bimbit.JANGAN BACA MESSAGE INI !!!!!.

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas sebiji telur mentah telah dijlnkan.Bahan yg digunakan ialah sebiji telur dan duah buah telefon bimbit.prosedurnya, telur diletakkan ditengah dan telefon bimbit diletahkan dikedua-dua belah, kiri dan kanan.

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh masa selama lebih kurang 65 minit. hasilnya seperti berikut.
15 minit - tiada apa yg berlaku
25 minit - telur mulai panas
45 minit - telur telah panas
65 minit - telur telah masak

Kesimpulan: Radiasi drpd telefon bimbit mampu utk mengubah protein telur.Bayangkan apa yg ia mampu buat kpd protein otak apabila anda berbualdlm tempoh masa yg panjang.

Saya menginggat diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.Bagaimana dengan telefon bimbit yg disimpan di pinggang? Bagaimana pula mereka yg menyimpan dua buah telefon bimbit, satu dikocek kanan dan satu dikocek kiri? (bukan apa takut masak telur tuuuu....)

Thursday, May 28, 2009

ISLAM & SAINS :Apa kata mereka tentang selsema babi?

Pandangan Saintis
Pada tahun 1918 virus ini telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia.Ianya disebabkan oleh ternakan babi diamerika.Ia menjangkati tentera2 amerika pada perang dunia 1 dan mereka ini kemudiannya membawa dan menyebarkan jangkitan ke negara2 lain.Kajian ke atas specimen2 mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah dari kuman virus yang datang drpd babi.
Babi mempunyai PERV (Porcine Endogenous Retrovirus),virus asli yg dihidapi oleh babi.Babi2 diseluruh dunia memiliki DNA yg mengandungi PERV ini, yg berpotensi menyebarkan berbagai macam penyakit.Terdapat sekurangnya 25 jenis virus yg berbeza drpd tubuh badan babi yg dapat menjangkiti manusia.The national Institut Standard Technology(NIST) pernah menghabiskan dana sebanyak USD 1.9 juta dlm rangka menghilangkan PERV drpd tubuh badan babi, tetapi gagal.

Pandangan Agama Yahudi,Kristian Dan Islam
Kesemua agama samawi pada asalnya telah mengharamkan daging babi.Sejarah ada mencatatkan pada zaman Nabi Musa iaitu 600 thn masihi, daging babi adalah haram utk dimakan dan ianya terkandung di dlm Kitab Perjanjian Lama (Taurat)300 thn setelah masehi, Kitab Perjanjian Baru di Eropah telah menyatakan bahawa daging babi dihalalkan. Kemudian agama Islam,menetapkan (sekitar 700 masihi) bahawa ianya haram.Pengikut dari gereja Kristian Hari Ketujuh, melalui penekanan pada ulangan 14:8 masih lagi mengharamkannya.Manakala Islam, melalui Surah ke 2 ayat 173 secara jelas mengharamkannya.

Pandangan Tokoh2 Perubatan Cina
Sebuah jurnal perubatan cina yg terkenal iaitu Yan Show Tan telah menyebutkan, "Di saat kematian babi, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yg terakhir memasuki hempedunya.Semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi.Jangan makan dagingnya."
Seorang tabib yg terkenal di zaman Dinasti Sang, Sun See Mao yg hidup sehingga 100 tahun telah mengarang sebuah buku bertajuk Shen Shen Lu (Catatan2 Kesihatan)menyatakan "daging babi merangsang penyakit2 lama,menyebabkan kemandulan,penyakit sakit tulang dan asthma."Manakala Lee Shih Ch'en pula menyatakan
, "Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya."

Inilah salah satu bukti bahawa Islam itu benar,segala tegahan kalau dilanggar akan memdatangkan musibah yg besar.Beruntunglah orang2 yg beriman dengan AlQuran kitab Allah SNT.

Sunday, May 24, 2009

KEKOSONGAN JAWATAN UNTUK RENUNGAN

Kekosongan Jawatan:
a. Ahli syurga dari awal
b. Ahli neraka dari awal
c. Ahli neraka sementara kemudian akan dilantik jadi ahli syurga.

Empat Ganjaran Lumayan:(khas utk jawatan A)
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Pdg. Mahsyar
3. Keselamatan meniti titian sirat
4. syurga yg kekal abadi

Tarikh Temuduga;
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

Lokasi temuduga :
Didlm kubur- alam barzakh

Kelayakan:
-Anda tidak perlu membawa sijil-sijil
-Anda tidak perlu membawa pingat
-Anda tidak perlu bawa wang / harta
-Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik,hensem atau berbadan tegap /seksi.
-Sila bawa dokumen asal Iman dan amal.

Panel / Penemuduga:
Mungkar & Nakir
ENAM SOALAN BOCOR.
1. siapa tuhan anda?
2. apa agama anda?
3. siapa nabi anda?
4. apa kitab anda?
5. di mana kiblat anda?
6. siapa saudara anda?

Cara memohon
anda cuma perlu menunggu penjemput yg berkaliber (Izrail) utk memjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

Wednesday, May 13, 2009

SETIAP HARI ADALAH DAKWAH

Samaada kita suka ataupun tidak, kita telah dipertanggungjawab utk berdakwah. Maka laksanakanlah sedaya upaya yg ada tanpa bermusim atau terikat kepada bulan-bulan tertentu sahaja atau hari-hari kebesaran Islam sahaja, di tempat-tempat tertentu saja atau kepada orang tertentu saja bahkan ianya akan berterusan untuk generasi yang mendatang.

Dakwah wajib dijalankan samaada secara fardiah (berseorangan) dan berjamaah (berkumpulan). Dakwah secara fardiah umpamanya dari seorang ibu atau bapa kpd anaknya."Terima kasih ibu (selamat hari ibu) dan ayah kerana kau telah menjalankan tugas yg diamanahkan dengan sempurna", dari seorang guru kepada murid (terima kasih guru ku,dan selamat hari guru) ataupun dari seorang sahabat kepada sahabatnya manakala dlm skop yg lebih luas dakwah wajib dijalankan dlm masyarakat oleh jemaah yg mempunyai tanzim dan organisasi yg tersusun.

Setiap kita wajib melibatkan diri sebagai sebahagian dari organisasi dakwah agar tertunai amanah Allah yg ditaklifkan ke atas kita selaku umat terbaik di atas muka bumi ini.

Tuesday, May 12, 2009

DAKWAH:SATU TUGAS YG TIADA PENGHUJUNG

Dakwah ertinya memgajak,menyeru,menyampaikan nasihat kepada manusia supaya taat kepada Allah,menyeru kepada kebenaran,kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.Dakwah merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap mukallaf.

bermula dari Nabi Adam sbg pendakwah,mengajak anak cucunya supaya hidup dimuka bumi ini berpegangkan kepada syariat Allah.

seterusnya perjalanan dakwah ini terus berjalan hingga ke Nabi Muhammad SAW, kemudian tugas ini disambung oleh para ulamak dan pencinta agama allah sehingga akhir zaman.maka perintah dakwah ini hendaklah diteruskan.cuma cara dan bentuk strategi dakwah hendaklah mengikut peredaran zaman dan tempat di mana masyarakat itu hidup.

Oleh itu, kita sebagai guru yang beragama Islam ambillah peluang ini untuk berdakwah kepada staf,pelajar dan masyarakat disekeliling kita.peluang ini bukan semua orang memperolehinya seperti kita.kita lebih dekat dengan golongan yang disebutkan tadi. cara mana terpulang kepada kita.semoga usaha kita diberkati oleh Allan SNT.

Tuesday, April 21, 2009

KURSUS LEADERSHIP MENTORING

Seramai 24 peserta telah menghadiri kursus ini.Tiga perempat kebanyakkannya adalah GB dari Johor. Pensyarah kursus ini, Pn. Noraini Abdullah. Kursus ini mirip seperti Kaunseling. Coaching & Mentoring berguna untuk kita membina pasukan kerja kita seperti pk2 dan ketua panitia serta guru2 dan staf dalam organisasi kita. walaupun singkat, 4 hari sahaja ( 19 April -22April 2009 ) tetapi ianya padat dengan ilmu pengetahuan yg baru.

Monday, April 20, 2009

bina blog

hari ini belajar membina blog drpd datuk y.