Monday, September 28, 2009

RUMAH TERBUKA

RUMAH TERBUKA : SATU KONSEP MURNI ERAT SILATURAHIM

Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini paling istimewa pada sambutan Aidilftri sepanjang bulan Syawal.

Nikmat syawal juga nyata paling bernilai buat umat Islam di negara ini, berikutan amalan rumah terbuka adalah pentas untuk bertemu, berkenal mesra mahupun menjamu tetamu bagi mensyukuri rezeki yang diterima.

Yang jelas amalan ini juga menjadi medan antara tetamu dan penganjur untuk lebih mengenali secara istimewa termasuk anak-anak rakan, isteri serta keluarga masing-masing berikutan kebiasaan pertemuan antara mereka hanya terhad di pejabat atau di tempat kerja.

Alhamdullillah syukur ,pada tahun ini saya dapat mengadakan rumah terbuka. Terima kasih kepada staf SKBL, SMKDLP, jiran2, keluarga saya dan sebelah isteri dan sahabat handai yang berkunjung pada hari raya ke 5 bersamaan 24 Sept. 2009.

Walaupun penat melayan tetamu sehingga kemalam, tetapi rasa puas kerana dapat berjumpa, berkenal-kenalan dan bermaaf-maafan. Rumah terbuka ini juga seperti ”reunion kecil” bagi member serumah no 210 kolej Aminuddin Baki UPSI dulu.
Terima kasih Ya Lazim dan Ya Ansori beserta keluarga kerana hadir. Khalil tidak dapat hadir kerana keletihan mengemas rumah, Hafiz kerana jauh di N9.

Kepada kekawan lain saya pohon maaf kerana tak sempat menjemput. Perancangan untuk mengadakan rumah terbuka ini hanya last minit saja.Itu pun mujur ada katerer yang sanggup. Terima kasih kepada PAQDA Catering yang sanggup .Kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan SP saya syorkan kalau nak buat majlis kenduri atau jamuan boleh ambil katerer ini. Masakannya sedap.Iklannya ada dlm internet, boleh pilih menu yang kita kehendaki.

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, samada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin.

Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.

Tidak dapat dinafikan inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak diperolehi dalam bulan-bulan yang lain, berikutan di bulan inilah kita dapat berjumpa dan berkenal-kenalan, selain bertemu saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan dengan melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan persaudaraan yang sejati.

Simboliknya, Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaran ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni.

Aidilfitri secara langsung merapatkan hubungan rakan sekerja dalam suasana yang lebih harmoni atas dasar kesungguhan bekerja, produktiviti meningkat, galakan untuk bekerja lebih berkualiti selain merapatkan hubungan mesra berikutan keterbatasan pergaulan di pejabat.

Janganlah kita menjadikan Aidilfitri sebagai medan pembaziran, ruang mengisi hari hari Syawal dengan kelalaian atau pentas merenggangkan hubungan sesama insan kerana ianya amat merugikan bukan sahaja buat diri, keluarga dan negara.

Monday, September 14, 2009

KESIBUKKAN DAN DUGAAN DIBULAN RAMADHAN

Terima kasih kepada semua guru-guru SKBL yang telah bertungkus lumus dalam segala program sekolah.Sebelum,semasa dan selepas UPSR. Kerjasama sebegini melambangkan keakraban yang telah sekian lama terjalin.

Tumbang seekor lembu dan gotong royong memasak menu untuk berbuka memang memerlukan banyak tenaga, tapi Alhamdulillah kita berjaya juga menganjurkan nya.

Majlis Iftor Jamaie Ramadhan membuktikan kekuatan kerjasama yang telah diberikan.Bukan senang nak menganjur majlis ini dimana pada malam itu ibubapa,murid,Executive SD dan Msia Prihatin juga turut hadir.

Kepada semua penyumbang, tidak kira sama ada dlm bentuk kebendaan,kewangan dan tenaga saya ucapkan berbanyak terima kasih.Anak2 murid yang yatim dan murid miskin tentu terhibur kerana dapat bantuan kewangan.syukur Alhamdulillah, Allah saja yg dapat membalaskan nya kepada para penyumbang.

Dalam kesibukkan kerja rutin sekolah,saya juga terpaksa menerima dugaan.Ayahanda saya telah dimasukkan ke Hospital kerana disyaki mengidap kanser darah tahap 3 (luekimia ).Sehingga hari ini masih lagi berada di hospital Alor setar( 10 hari dah). Kami adik beradik bergilir2 menjaganya.Saya sempat menjaganya selama 2 malam.
Semuga kesibukkan dan dugaan dibulan Ramadhan ini dapat ditempuhi dan diberkati Allah SNT.Didoakan semoga ayahanda akan sembuh dan dapat beraya dirumah.Amin.