Wednesday, May 13, 2009

SETIAP HARI ADALAH DAKWAH

Samaada kita suka ataupun tidak, kita telah dipertanggungjawab utk berdakwah. Maka laksanakanlah sedaya upaya yg ada tanpa bermusim atau terikat kepada bulan-bulan tertentu sahaja atau hari-hari kebesaran Islam sahaja, di tempat-tempat tertentu saja atau kepada orang tertentu saja bahkan ianya akan berterusan untuk generasi yang mendatang.

Dakwah wajib dijalankan samaada secara fardiah (berseorangan) dan berjamaah (berkumpulan). Dakwah secara fardiah umpamanya dari seorang ibu atau bapa kpd anaknya."Terima kasih ibu (selamat hari ibu) dan ayah kerana kau telah menjalankan tugas yg diamanahkan dengan sempurna", dari seorang guru kepada murid (terima kasih guru ku,dan selamat hari guru) ataupun dari seorang sahabat kepada sahabatnya manakala dlm skop yg lebih luas dakwah wajib dijalankan dlm masyarakat oleh jemaah yg mempunyai tanzim dan organisasi yg tersusun.

Setiap kita wajib melibatkan diri sebagai sebahagian dari organisasi dakwah agar tertunai amanah Allah yg ditaklifkan ke atas kita selaku umat terbaik di atas muka bumi ini.

2 comments:

Faris said...

Salam,
Tahniah Emzex di atas kewujudan blog peribadi. Teruskan usaha agar kita tidak dipandang remeh oleh staf kita.

emzex said...

TQ, Faris atas respon anda.saya akan cuba sedaya upaya memasukkan entri2 yang bermanfaat utk kita semua.