Friday, June 26, 2009

RINDU SERINDUNYA

Rindu satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah..
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman.
Rindu ku adalah terhadap Baitullah yang pernah aku kunjungi lebih kurang 12 tahun yang lalu sewaktu menunaikan umrah. Kini rindu itu begitu menebal, melonjak-lonjak untuk kesana kembali.Aku doakan semoga senarai menunggu untuk mengerjakan fardhu haji tahun ini yang aku terima tempoh hari menjadi kenyataan di senaraikan dalam pilihan insan yang berjaya dipilih.Tak dapat ku bayangkan betapa sayunya apabila pertama kali melihat kaabah,menitis air mata kejantanan yang selama ini tidak pernah mengalir keluar.Se ego mana pun insan itu,aku percaya apabila melihat kaabah dia pasti menitis air mata tanpa dipaksa.Air mata keinsafan atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada disedari atau tanpa disedari.
Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepadaku. Aku juga harus bersyukur kerana aku mungkin akan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal ku seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Aku berharap kawan-kawan dapat mendoakan aku mengerjakan haji ifrad pada tahun ini.Pada kawan-kawan yang mengenali ,aku mohon maaf sekiranya ada kesilapan, terguris hati dan halalkan makan minum selama perkenalan kita.
Aku bercadang untuk mengerjakan Haji Ifrad.Haji Ifrad memerlukan pengorbanan dan pantang larang yang ketat yang perlu dihadapi.Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Semoga aku dapat menempuhi cabaran-cabaran sewaktu mengerjakannya.

7 comments:

Faris said...

Zul,
Tahniah kerana keazaman yang tinggi untuk menunaikan haji pada tahun ini. Insya-Allah dengan doa yang banyak setiap hari pasti akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Aku setakat ni dalam senarai menunggu pada tahun 2020. Kalau nak pergi awal nampak gayanya kena ikut pintu belakang atau mohon pertolongan sesiapa yang mempunyai kuasa. Tapi yang pasti, tak nak buat begitu kerana pemergian kita kerana Allah.
Saya doakan semoga hajat akan tertunai.

mpmn said...

mudah2an doa hg akan dikabulkan Allah swt utk ke tanah suci. aku setuju sangat kalau hg berazam utk membuat haji ifrad. mudah2an hg mendapat hj mabrur.
tajuk rindu serindu2nya lagu kump spoon mengingatkan aku pd seseorg. hg buat aku sedih tp tak nangis mcm pemnt jacko

kembara kelana said...

aku doakan kau selamat zul, pergi, menggerjakan dan kembali...doakan aku zul agar dimurahkan rezeki, panjang kan umur dan kuatkan iman...

emzex said...

TQ, kawan2 diatas semangat dan doa yg diberikan.Faris,insyaAllah mohon saja kepada yg maha berkuasa.tiada sesiapa yg mempunyai kuasa selain DIA.

kembara kelana said...

zul terima kasih, hospitaliti di IAB utara itu hari...jumpa lagi

jon said...

tahniah zul. nak buat master kat mekah tu.buat haji.tahniah ada kekuatan dgn izin Nya. alhamdulillah. sama-sama bermaafan.

Anonymous said...

ermmm.... salam kenal