Monday, September 28, 2009

RUMAH TERBUKA

RUMAH TERBUKA : SATU KONSEP MURNI ERAT SILATURAHIM

Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini paling istimewa pada sambutan Aidilftri sepanjang bulan Syawal.

Nikmat syawal juga nyata paling bernilai buat umat Islam di negara ini, berikutan amalan rumah terbuka adalah pentas untuk bertemu, berkenal mesra mahupun menjamu tetamu bagi mensyukuri rezeki yang diterima.

Yang jelas amalan ini juga menjadi medan antara tetamu dan penganjur untuk lebih mengenali secara istimewa termasuk anak-anak rakan, isteri serta keluarga masing-masing berikutan kebiasaan pertemuan antara mereka hanya terhad di pejabat atau di tempat kerja.

Alhamdullillah syukur ,pada tahun ini saya dapat mengadakan rumah terbuka. Terima kasih kepada staf SKBL, SMKDLP, jiran2, keluarga saya dan sebelah isteri dan sahabat handai yang berkunjung pada hari raya ke 5 bersamaan 24 Sept. 2009.

Walaupun penat melayan tetamu sehingga kemalam, tetapi rasa puas kerana dapat berjumpa, berkenal-kenalan dan bermaaf-maafan. Rumah terbuka ini juga seperti ”reunion kecil” bagi member serumah no 210 kolej Aminuddin Baki UPSI dulu.
Terima kasih Ya Lazim dan Ya Ansori beserta keluarga kerana hadir. Khalil tidak dapat hadir kerana keletihan mengemas rumah, Hafiz kerana jauh di N9.

Kepada kekawan lain saya pohon maaf kerana tak sempat menjemput. Perancangan untuk mengadakan rumah terbuka ini hanya last minit saja.Itu pun mujur ada katerer yang sanggup. Terima kasih kepada PAQDA Catering yang sanggup .Kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan SP saya syorkan kalau nak buat majlis kenduri atau jamuan boleh ambil katerer ini. Masakannya sedap.Iklannya ada dlm internet, boleh pilih menu yang kita kehendaki.

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, samada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin.

Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.

Tidak dapat dinafikan inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak diperolehi dalam bulan-bulan yang lain, berikutan di bulan inilah kita dapat berjumpa dan berkenal-kenalan, selain bertemu saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan dengan melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan persaudaraan yang sejati.

Simboliknya, Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaran ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni.

Aidilfitri secara langsung merapatkan hubungan rakan sekerja dalam suasana yang lebih harmoni atas dasar kesungguhan bekerja, produktiviti meningkat, galakan untuk bekerja lebih berkualiti selain merapatkan hubungan mesra berikutan keterbatasan pergaulan di pejabat.

Janganlah kita menjadikan Aidilfitri sebagai medan pembaziran, ruang mengisi hari hari Syawal dengan kelalaian atau pentas merenggangkan hubungan sesama insan kerana ianya amat merugikan bukan sahaja buat diri, keluarga dan negara.

7 comments:

Yang tak dijemput said...

awat hang tak jemput aku zul, kecik hati nyamuk taw... dtg ke tak dtg soal nombor dua, lain kali jemput aku na....!!!

hehehe....seronok nampak!!!

Faris said...

Haah la... ko pun tak jemput aku. He he he... gurau aje, memang aku tak leh pegi pun.
Konsep rumah terbuka ini menjimatkan masa, tenaga dan memudahkan pergerakan kita untuk menziarahi antara satu sama lain.
Aku makan angin ajelah dari Kajang ni.

ybs said...

Amalan rumah terbuka ni mmg ada baiknya tetapi ada jugak yg tak baiknya. La ni kalau kita tak buat rumah terbuka takde sorang pun staf yg sudi dtg beraya.... bukankah rumah kita sentiasa terbuka terutama sepanjang musim raya nih???

emzex said...

ybs(yg tak dijemput),faris bkn aku tak nak jemput ko semua,tapi aku buat secara sederhana sahaja.insyaAllah kalu ada rezeki lagi aku jemput semua kohort 5. mesti mai jgn tak mai.

kalu terima jemputan berdosa tau kalu tak mai.

azamboy said...

buat le hari ahad ni,,3hb,,boleh aku datang.aku on the way ke uum.convocation

ama said...

Salam. Tahniah & tk atas usaha murni hang tu emzek. Saya amat setuju apa yang hang coretkan tu....apa pun syukur alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri kat kita. Sungguh banyak.......Selamat hari raya maaf zahir dan bathin.
Rakan2 kalian sambil berkunjung ke rumah terbuka ingat2lah kpd yang krang bernasib baik....yang dhaif 7 yang memerlukan. Jaga kesihatan...

mpmn said...

awat hg tak jemput kau mz. kalau tidak aku boleh dtg dgn tok lebai. kempunan aku melihat juadah yg hg sediakan