Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

2 comments:

kembara kelana said...

ganas tu...ada blog sekarang ni...tahniah, happy blogging...macam tulah GB moden...apalah lagu buai laju laju....lagu lama beb

emzex said...

terima kasih kembara kelana.saya baru nak berjinak2 dgn blog ini.rupa2nya banyak yg perlu difikirkan utk dientri dlm blog.tahniah kepada kekawan yg dah mahir dlm hal2 blog ini.