Saturday, June 13, 2009

MAKHLUK JIN & SYAITAN

Dalam tempoh sekolah bercuti,aku sempat membeli dan membaca sebuah buku "Perangkap Jin & Syaitan".Tak lah setebal mana,ungkapan bahasa yang digunakan begitu mudah difahami. Kupasan isinya memang menarik.Pada pandangan aku kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini kita perlu tahu.

Sebab bermula dari ciptaan Adam & Hawa, perasaan dendam dan hasad dengki sentiasa bermain di benak fikiran syaitan.Pelbagai perancangan strategik yang direncanakan untuk menyingkirkan Adam & Hawa dari syurga.Akhirnya mereka tertewas dalam perangkap syaitan.apatah lagi kita sebagai makhluk Allah SWT yg lemah ini sentiasa perlu berwaspada terhadap perangkap syaitan ini.

Mendekatkan diri dan memohon perlindungan kepada Allah SWT setiap masa merupakan jaminan dan senjata yang terbaik dalam mempertahankan diri dari perangkap jin & syaitan.Disamping itu juga, mempelajari dan mengetahui perwatakan yang dimiliki syaitan juga mampu mempertahankan diri.Tipu daya dan hasutan yang ditebarkan tidak pernah berkurangan dan terhenti melainkan apabila tibanya saat kehancuran dunia ini.

Semoga apa yang aku dapat perolehi daripada buku yang dibaca ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan bloggers, InsyaAllah.

DIALOG IBLIS DENGAN ALLAH SWT.
Anas b. Malik r.a. berkata begini :

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam tempat kediaman utk mereka
berteduh dn berzikir kepdaMu,dimanakah tempat untuk aku pula?

Firman Allah : Tempat kediamanmu adalah didalam tandas.

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul dimasjid,dimana
pula tempat untukku berkumpul?

Firman Allah : Tempatmu berkumpul ialah pasar2,pesta,pusat membeli belah,kelab2
malam,tempat2 hiburan serta majlis2 maksiat.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam itu kitab (AlQuran)untuk
mereka baca,apapula bahan bacaanku?

Firman Allah : Bacaan untuk mu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan azan untuk anak Adam memanggil orang
bersembahayang, apa pula azan untukku ?

Firman Allah : Azan untukmu ialah seruling.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan Nabi,
siapakah yang menjadi utusanku?

Firman Allah : Para utusanmu terdiri daripada bomoh,tabib dan dukun yang menduakan
aku.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam kitab suci Alquran yang
bertulis, apakah pula tulisan bagiku ?

Firman Allah : Tulisanmu ialah tatu,gincu serta lukisan dibadan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam minuman yang halal yang
disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?

Firman Allah : Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebut namaKu
padanya.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku ?

Firman Allah : Perangkap bagimu ialah wanita.

Sama-samalah kita renung dialog tersebut dan membuat analisis dengan keadaan semasa.Semoga ianya menjadi panduan kepada semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh kita supaya tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan.

4 comments:

mpmn said...

ada tak kau dgr makhluk jin n hantu merompak, merogol n membunuh atau msk dlm tv atau dlm akhbar. tak adakan. yg bhynya ialah manusia yg bertopengkan iblis/jin/hantu raya dll. yg ni suka buat huruhara

emzex said...

itulah yang dinamakan hasutan iblis dan syaitan.

manusia yg tak beriman saja yg akan termakan hasutan makhluk tersebut.

kembara kelana said...

nak jadi tok moh ke zul

emzex said...

bukan apa kembara kelana.ingat memperingati sesama kita.tok moh yg menduakan Allah SWT tu adalah utusan syaitan.eee seram lah aku.