Monday, September 14, 2009

KESIBUKKAN DAN DUGAAN DIBULAN RAMADHAN

Terima kasih kepada semua guru-guru SKBL yang telah bertungkus lumus dalam segala program sekolah.Sebelum,semasa dan selepas UPSR. Kerjasama sebegini melambangkan keakraban yang telah sekian lama terjalin.

Tumbang seekor lembu dan gotong royong memasak menu untuk berbuka memang memerlukan banyak tenaga, tapi Alhamdulillah kita berjaya juga menganjurkan nya.

Majlis Iftor Jamaie Ramadhan membuktikan kekuatan kerjasama yang telah diberikan.Bukan senang nak menganjur majlis ini dimana pada malam itu ibubapa,murid,Executive SD dan Msia Prihatin juga turut hadir.

Kepada semua penyumbang, tidak kira sama ada dlm bentuk kebendaan,kewangan dan tenaga saya ucapkan berbanyak terima kasih.Anak2 murid yang yatim dan murid miskin tentu terhibur kerana dapat bantuan kewangan.syukur Alhamdulillah, Allah saja yg dapat membalaskan nya kepada para penyumbang.

Dalam kesibukkan kerja rutin sekolah,saya juga terpaksa menerima dugaan.Ayahanda saya telah dimasukkan ke Hospital kerana disyaki mengidap kanser darah tahap 3 (luekimia ).Sehingga hari ini masih lagi berada di hospital Alor setar( 10 hari dah). Kami adik beradik bergilir2 menjaganya.Saya sempat menjaganya selama 2 malam.
Semuga kesibukkan dan dugaan dibulan Ramadhan ini dapat ditempuhi dan diberkati Allah SNT.Didoakan semoga ayahanda akan sembuh dan dapat beraya dirumah.Amin.

6 comments:

jon said...

takziah...org kata susu kambing bagus.. yg ori atau jenama Higoats..boleh cuba. semoha cepat sembuh n bersabar.

emzex said...

betul ke jon? setahu aku budak demam kuning kalu diberi susu kambing mmg boleh sembuh.walaubagaimana pun TQ ,bolehlah aku cuba beri nanti.

kalu usup, dia bukan minum susu kambing tapi dia sapu krim susu kambing.....heheh.

Faris said...

Emzex,
Wah, bagus betul program ko sehingga boleh gotong-royong tumbang lembu. Saya masih belum dapat menarik komitmen guru sehingga ke peringkat itu lagi. Almaklum guru2 di bandar ni, mcm2 hal sibuk mereka sendiri.
Setakat ini saya hanya dapat buat majlis berbuka puasa sehingga solat tarawih bersama dan ia diadakan serentak dengan majlis solat hajat dab bacaan yasin murid tahun 6.

emzex said...

faris dah 2 tahun dan majlis berbuka puasa sebegini dilakukan.kali pertama aku test, jemputan hanya murid2 terpilih aje (kecil2an),kali ni jemputan waris dan murid(besar2an)

lembunya disumbangkan oleh seorang koporat.cuma kita kontak dia dan maklumkan program yg kita hendak buat.

mkn tahun depan aku cadang nak buat sambutan lepas raya pulak.nanti aku jemput group kita sama,boleh buat reunion di sekolah aku.

yusofsipan said...

Selamat Hari Raya buat ko Zul dan keluarga ko, moga sentiasa ceria, gembira dan bahagia khasnya pd hari lebaran serta beroleh kemenangan di Syawal ini...

penyibuk said...

wei zul, bersawang dah blog hang ni, mane entri baru??? sibuk sgt ke ko???