Thursday, September 23, 2010

ANTARA SJKC DAN SKY FRUIT ( TUNJUK LANGIT)

Alhamdulillah upsr dah tamat.Maka selesai la sudah sebahagian tugas ku sebagai penyelia kawasan.

Selama tiga hari berturut-turut melawat sekolah-sekolah dalam Daerah Butterworth.Apa yg dapat ku perhatikan disini, sekolah-sekolah sjkc, murid-murid nya lebih tertib dari murid sekolah kebangsaan.Suasana semasa peperiksaan senyap sunyi macam sekolah sedang bercuti.Padahal P&P sedang berjalan.Begitu juga semasa waktu rehat.Kawasan sekolah memang bersih.Pekerja mereka lebih rajin dari pekerja sekolah kita.Mungkin ini kah yang dikatakan satu budaya yang telah diamalkan.

Adakah kita perlu belajar cara pengurusan dari sjkc!!!!?????

Satu lagi yang nampak ketara ialah dari segi keceriaannya.Kalau diSK banyak pokok-pokok bunga ditanam tetapi tidak dijaga rapi...tetapi disjkc pokok-pokok besar yg ditanam,yang senang dijaga dan senang dirapi.Aku tertarik disatu sekolah sjkc yang aku lawati..ada lima pokok besar dan buah nya terpacak kearah langit.Lama juga aku merenungnya..sambil berfikir dimana ya aku pernah melihat pokok sebegini.

"Tu pokok tunjuk langit tuan"......sapaan seorang pekerja kebersihaan yang mungkin melihat gelagat ku tadi.Ahhhh baru aku teringat ini la "sky fruit"...risalah tentang buah dan khasiatnya pernah aku baca dlm internet.

Berkat bertegur sapa dgn pekerja tadi, keesokan hari aku diberi 2 biji buah sky fruit percuma.Buah ini memang mahal harganya..boleh memcecah puluhan malah ratusan ringgir sekilo.Benih pokok ini diberi oleh majlis bandaran.

Aku mula bercadang untuk menanam pokok ini dikawasan sekolah. Boleh dimanfaatkan...sebagai teduhan dan ubatan.

Kalau nak tahu tentang keistimewaan buah ini taip aje sky fruit/buah tunjuk langit.

Monday, September 13, 2010

HARI RAYA DAN PERHIMPUNAN KELUARGA

Sepatutnya raya tahun ini, giliran beraya dirumah mak mentua.Aku adakan peraturan begini sejak dari mula berumahtangga lagi.Perlu patuh pada peraturan dan perlu ada tolak ansur sekiranya ada hal2 yang penting berlaku.Itulah prinsip yang aku pegang selama ini.Aku tidak pernah sehari pun beraya pertama atau kedua dirumah sendiri.

Disebabkan ada perhimpunan keluarga yang besar akan diadakan pada hari raya kedua dirumah mak mertua,maka hari raya pertama aku bersama isteri beraya dirumah makbapak aku (untung juga kan)...

Perhimpunan keluarga sebelah bapak mertua ini diadakan setiap tahun dan disebelah mak mertua 2 tahun sekali.Ramai yg datang dan ada program2 yang telah diatur.Dari keluarga induk yg seramai 7 orang ,sekarang ini hanya tinggal 4 sahaja.Itu pun dah tua2 belaka.
aku baru tahu rupa2nya keluarga ini mempunyai blogspotnya : http://www.lebairazak.blogspot.com tapi rasanya dah lama tak update.bolehlah kalau ada sesiapa yg ingin melayarinya.

Monday, August 16, 2010

MERAIKAN ANAK YATIM DI BULAN RAMADHAN

Asalamualaikum wbt,

Bulan Ramadhan sudah menjelang . Seperti biasa banyak syarikat, jabatan serta individu sibuk menyusun jadual berbuka puasa. Sudah menjadi kelaziman setiap majlis yang adakan antara yang dijemput adalah anak-anak yatim. Alhamdulillah dengan adanya jemputan maka dapatlah anak-anak tersebut bergembira menikmati juadah yang istimewa. Saat ketibaan bulan Ramadhan sangat-sangat dinantikan oleh anak-anak tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah yang lain.

Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai panduan.

1. Jangan memilih

Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.. Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.

2. Sediakan kenderaan atau tambang

Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan, berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.

3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain

Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.

4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran

Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar. Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi latarbelakang sesi fotografi artis.

5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka

Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka dengan hidangan tetamu-tetamu lain.

6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua

Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan pakaian dan alat-alat tulis.

7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat

Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, berikan peluang kepada anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat sepanjang bulan ramadhan.

8. Jangan tahan mereka hingga larut malam

Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan cenderamata.

Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen, dipersilakan.

Sekian, selamat berpuasa.

Tuesday, July 27, 2010

RAMADHAN YANG DIRINDUI

Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita..Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu firman Allah di dalam Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa':7.

Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Peringatan ini khas ditujukan kepada diri ku ini, isteri, anak, kaum kerabat dan sahabat handai. Moga-moga ramadhan ini kita semua bersedia menghadapi dan memperolehi keberkatannya. Amin.

Monday, April 5, 2010

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB?? ::

Untuk renungan rakan-rakan bloggers,aku paparkan email yang aku terima dari sahabat lama.......catatlah andaian dan komen anda mengenai kisah ini.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si Suami menarik nafas panjang dan dia berkata :
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Apakah komen anda,sekiranya isteri anda meminta mengapa dan sebab anda mencintainya.


Wednesday, March 10, 2010

SYUKUR MENAMBAH KEKAYAAN

Syukur menambah kekayaan

Mencari kekayaan memang digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri walaupun bukan kaya harta benda, tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki. Ketika remaja, baginda menjadi penternak dan penggembala kambing, sebelum menceburi bidang perniagaan. Hanya selepas diangkat sebagai Rasulullah, baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.

Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan. Hal ini seperti ditegaskan Allah SWT dalam firmannya dalam surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud, “Harta benda dan anak-pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan.”

Umat Islam digalakkan menjadi umat yang kaya-raya, kerana dengan kekayaan itu mereka dapat melancarkan lagi amal ibadat dan melaksanakan tuntutan syarak. Menjadi miskin kadang kala dibimbangkan akan menjebakkan seseorang itu ke dalam kekufuran. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Naim daripada Anas r.a. yang bermaksud, “Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur.”

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.
Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Dalam Islam, kekayaan mestilah diperoleh dengan cara halal dan matlamatnya juga harus betul iaitu untuk melaksanakan tuntutan syarak. Apabila kaya, jangan lupa bersyukur, jangan berbelanja boros atau jangan terlalu kedekut. Bersyukurlah dengan kekayaan itu kerana dalam setiap kekayaan yang kita perolehi sebenarnya ada hak yang perlu ditunaikan.


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Tuesday, March 2, 2010

STEVIA UNTUK KAWAN KU

Pokok Stevia @ Pokok Gula
Buat kawan2 atau keluarga yang mengalami penyakit kencing manis.Mungkin ini merupakan satu ikhtiar untuk menjadi penawar penyakit tersebut.

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Monday, February 8, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH: MANUSIA HANYA MERANCANG ,ALLAH JUA YANG MENENTUKAN

Sebagaimana yang aku janjikan kepada kalian tetap aku tunaikan.Tahun hijirah 1430 merupakan tahun yang tak dapat dilupakan.Sudah 3 siri kursus haji aku tertinggal kerana surat panggilan dihantar ke alamat rumah lama begitu juga dengan surat jawapan menunaikan haji (senarai menunggu).

Tapi pada aku, aku yakin sekiranya telah tersurat aku tetap boleh kesana.Aku membuat rayuan dengan mengisi borang jawapan dan memberi alasan yang munasabah kepada pihak atasan LUTH.Dalam borang tersebut aku membuat pilihan untuk mengerjakan haji ifrad. Dijangka akan bertolak dalam pertengahan musim haji dan pulang awal minggu pertama Januari 2010.

Entah macammana,mungkin ini juga satu suratan yang kita tidak rancang,aku menerima surat panggilan menunaikan haji 2 minggu sebelum berangkat ke tanah suci.Fikiran pada masa itu memang bercelaru.Yang dirancang tak dapat pula.Bukan apa, tarikh penerbangan itu sebelum cuti sekolah,aku terpaksa memikirkan persekolahan anak aku.

Sekali lagi aku memikirkan untuk membuat rayuan, tapi aku rasa malu.Malu kerana kalau nak dikirakan status aku hanyalah "status menunggu giliran".Entah dapat atau tidak....

Aku terpaksa buat keputusan,aku terima apa yang telah ditetapkan.Penerbangan pertama dari P.Pinang KT05(berlepas 20 Okt dan pulang 5 Dis 2009).Terpaksalah mengerjakan haji tamattuk.Kalau haji Ifrad kena berada dalam patang larang terlalu lama sangat....mana mungkin.Aku terima ketetapan ini. Mesti ada hikmahnya yg kita tidak tahu,hanya DIA sahaja yang maha mengetahui.

Memang benar,kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.Seminggu sebelum berangkat ke tanah suci,isteri ku menerima berita dari pihak OUM.Tesis pengajian akhir perlu dihantar sebelum 31 Dis 2009 dan peperiksaan akhir pada 10 Dis 2009.Fuuuh lega rasanya,kalau tidak isteriku kena tangguh pengajiannya.Inilah hikmahnya yang kita kita tahu,mungkin ada lagi .........????

Wednesday, January 13, 2010

DHUYUF AL-RAHMAN

Syukur Alhamdulillah, terpilih juga aku sebagai tetamu Al-Rahman.Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam,yang telah memfardhukan ibadat haji yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan,yang di dalamnya mengandungi satu hari yang menghimpunkan semua tetamu dan kekasihnya dalam satu suasana munajat yang penuh syahdu yang tidak wujud pada hari yang lain kecuali hari itu.

Kalau diikutkan giliran, memang lambat lagi. Giliran mungkin pada tahun 2011.Tapi entah macammana, mungkin kerana terlalu kerinduan teramat sangat,doa telah dimakbulkan.Aku pernah menunaikan umrah pada tahun 1997,bayangkan begitu lamanya baru dapat kembali ke tanah suci ini.

Melalui blog ini aku akan coretkan pengalaman dan kenangan-kenangan semasa berada ditanah suci Makkah & Madinatul Munawarah.

Bagaimana aku dapat pergi menunaikan umrah pada tahun 1997.Memang pada masa itu wang tidak mencukupi boleh dikatakan tiada langsung.Mustahil aku dapat kesana.Entah mengapa perasaan dan rasa ingin ketanah suci pada masa itu meluak-luak.Resah gelisah rasanya.

Kerana azam dan kehendak yang begitu kuat, aku nekad menjalankan perniagaan jualan secara langsung.Memang pada masa itu syarikat tersebut terlalu top.Bermodalkan pinjaman wang dari isteri yang mengeluarkan simpanan dari tabung hajinya, kami memulakan "all out" perniagaan tersebut.Dalam masa lebih kurang sebulan setengah aku mencapai taraf pangkat yang tertinggi.Komisyen jualan dan tajaan memang banyak.Lebih kurang 3 atau 4 bulan aku dapat kumpul wang dan dapat mencapai hajat ketanah suci.

Syukur Alhamdulillah,kerana tertunai juga hajat aku.Itulah pertama kali aku menjejak kaki kesana.Madinatul Mudawarah terlalu indah,makam rasul dan para sahabat terasa kesayuannya.Menitis air mata apabila membuat ziarah widaq.Makkah Mukarramah terlalu terpesona.Kali pertama melihat tersergamnya Kaabah, kiblat umat Islam.Terasa keagungnya,kebesaran Allah SNT, pengorbanah Nabi Allah Ismail dan Ibrahim.Seego mana manusia, aku pasti akan meleleh air matanya.Rasa berdosa yang amat sangat yang telah banyak kita lakukan.

Berdoa dihadapan Multazam, semoga ianya diterima dan dimakbulkan oleh Allah SNT.Banyak yang telah dimakbulkan oleh Nya.Syukur Alhamdulillah.Apabila kembali ke tanah air,perniagaan yang telah aku lakukan tidak dapat bertahan lama.Dengan sendirinya ia beransur-ansur terhenti.Mungkin ini yg dimakbulkan oleh Allah.Allah saja yang maha mengetahui.Mungkin kerana niat aku berniaga kerana hendak ketanah suci saja.

Apa pun sekarang ini aku faham sekiranya Allah hendak menerima kita sebagai tetamunya,tanpa wang atau giliran pun kita dapat kesana juga.Yang penting keazaman dan doa yang bersungguh-sungguh.

Kawan-kawan aku akan catat lagi pengalaman semasa menunaikan haji.Bagaimana dapat aku kesana.Itu pun kalau ada kawan-kawan yang sudi membacanya.