Tuesday, May 12, 2009

DAKWAH:SATU TUGAS YG TIADA PENGHUJUNG

Dakwah ertinya memgajak,menyeru,menyampaikan nasihat kepada manusia supaya taat kepada Allah,menyeru kepada kebenaran,kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.Dakwah merupakan kewajipan dan tanggungjawab setiap mukallaf.

bermula dari Nabi Adam sbg pendakwah,mengajak anak cucunya supaya hidup dimuka bumi ini berpegangkan kepada syariat Allah.

seterusnya perjalanan dakwah ini terus berjalan hingga ke Nabi Muhammad SAW, kemudian tugas ini disambung oleh para ulamak dan pencinta agama allah sehingga akhir zaman.maka perintah dakwah ini hendaklah diteruskan.cuma cara dan bentuk strategi dakwah hendaklah mengikut peredaran zaman dan tempat di mana masyarakat itu hidup.

Oleh itu, kita sebagai guru yang beragama Islam ambillah peluang ini untuk berdakwah kepada staf,pelajar dan masyarakat disekeliling kita.peluang ini bukan semua orang memperolehinya seperti kita.kita lebih dekat dengan golongan yang disebutkan tadi. cara mana terpulang kepada kita.semoga usaha kita diberkati oleh Allan SNT.

2 comments:

yusofsipan said...

benar zul, tidak ada yg tidak benar melainkan benar belaka...

Islam yg kita anuti ini menuntut kita bukan sahaja beriman dan mengamalkan agama malah memikirkan dan mengusahakan orang2 lain jugak dpt sama2 merasai nikmat yg sgt besar ini....

emzex said...

mekasih usup,mahu juga kau respon ye.benar memang tiada yg benar,segalanya-galanya benar belaka.
"maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan dan berpalingkan orang-orang yang musyrik" surah hijr ayat 94