Wednesday, March 23, 2011

KENAPA DAN MENGAPA ?

Ikhlaskah Amerika di Libya ?

Serangan berterusan tentera bersekutu yang diketuai oleh USA ke atas kekedudukan tentera Libya sudah diketahui,namun ikhlaskah mereka membantu? Serangan yang didakwa ditujukan kepada lojistik senjata tentera Libya turut mengorbankan orang awam.OIC serta Liga Arab sekadar membantah(walaupun memberikan lampu hijau supaya libya diserang). Negara Islam sudah lama kehilangan roh jihad.Masing-masing mementingkan diri sendiri serta tidak mampu menangani masalah saudara seIslam,lihat sahajalah kepada isu Palestin yang tidak berkesudahan...

Tomohawk atau apa sahaja senjata USA diuji keberkesanannya membunuh umat Islam,lihat sahaja bagaimana di Iraq.Muammar Gadafhi pun satu hal membunuh rakyat sendiri dengan pelbagai senjata termasuk senjata berat,memang kerja gila....Apakah tentera Amerika akan mendarat di bumi Libya,kononya untuk membantu pemberontak menentang tentera yang setia kepada Muammar Gadafhi?Nampaknya umat islam akan terus disembelih oleh peluru buatan Amerika.

ikhsan dari :
Hijau lestari

2 comments:

mpmn said...

hdk membantu tu alasan je. minyak tu yg mereka nampak.

emzex said...

habis tu negara arab lain hanya tengok dan tepuk tgn je.

bkn setakat minyak tapi test power senjata sekali.

tak sedar2 lagi negara arab lain.