Thursday, September 23, 2010

ANTARA SJKC DAN SKY FRUIT ( TUNJUK LANGIT)

Alhamdulillah upsr dah tamat.Maka selesai la sudah sebahagian tugas ku sebagai penyelia kawasan.

Selama tiga hari berturut-turut melawat sekolah-sekolah dalam Daerah Butterworth.Apa yg dapat ku perhatikan disini, sekolah-sekolah sjkc, murid-murid nya lebih tertib dari murid sekolah kebangsaan.Suasana semasa peperiksaan senyap sunyi macam sekolah sedang bercuti.Padahal P&P sedang berjalan.Begitu juga semasa waktu rehat.Kawasan sekolah memang bersih.Pekerja mereka lebih rajin dari pekerja sekolah kita.Mungkin ini kah yang dikatakan satu budaya yang telah diamalkan.

Adakah kita perlu belajar cara pengurusan dari sjkc!!!!?????

Satu lagi yang nampak ketara ialah dari segi keceriaannya.Kalau diSK banyak pokok-pokok bunga ditanam tetapi tidak dijaga rapi...tetapi disjkc pokok-pokok besar yg ditanam,yang senang dijaga dan senang dirapi.Aku tertarik disatu sekolah sjkc yang aku lawati..ada lima pokok besar dan buah nya terpacak kearah langit.Lama juga aku merenungnya..sambil berfikir dimana ya aku pernah melihat pokok sebegini.

"Tu pokok tunjuk langit tuan"......sapaan seorang pekerja kebersihaan yang mungkin melihat gelagat ku tadi.Ahhhh baru aku teringat ini la "sky fruit"...risalah tentang buah dan khasiatnya pernah aku baca dlm internet.

Berkat bertegur sapa dgn pekerja tadi, keesokan hari aku diberi 2 biji buah sky fruit percuma.Buah ini memang mahal harganya..boleh memcecah puluhan malah ratusan ringgir sekilo.Benih pokok ini diberi oleh majlis bandaran.

Aku mula bercadang untuk menanam pokok ini dikawasan sekolah. Boleh dimanfaatkan...sebagai teduhan dan ubatan.

Kalau nak tahu tentang keistimewaan buah ini taip aje sky fruit/buah tunjuk langit.

10 comments:

noi said...

Salam,
Sejak balik ke Melaka ni tak pernah dilantik jadi penyelia kawasan. Teringin juga kerana 5 tahun pengalaman di Shah Alam banyak membantu mengendalikan urusan upsr di sekolah.
cerita tentang perbezaan sjkc dan sk, terpanggil untuk memberi sedikit ulasan. Tidak semua sk tidak begitu. Jika GB nya lebih prihatin dan tahu tanggungjawabnya, tentu sekolahnya macam sjkc juga. tapi, jika orang kita bertugas di sjkc mereka lebih berdisiplin dan hormat ketuanya.
Saya cadang nak minta ppd hantar guru-guru kita yang bermasalah ke sjkc, biar mereka tahu bagaimana bekerja dengan lebih bertanggungjawab. Geram! Bila kita tegur di dalam mesyuarat, muka semua tunduk ke lutut. Tapi cakap di belakang macam2 tentang gb. Semuanya tak betul. Rasa hormat pada ketua kurang, kadangkala buat tak tahu aja. Itulah guru-guru sekarang. Tapi tak semua. Kadangkala ada yang berubah jadi guru masalah. Entahlah... berkat atau tidak jika kita tak hormat orang tua lebih2 lagi ketua kita.

BINZAIN said...

TQ kerana sudi menjengah noi...

Jadi penyelia ni berat tugasnya.Time mesti panctual.Ketua pengawas pula banyak ragam.Pengawas lagi banyak karenahnya...mkn sekolah hantar nama2 yg mereka tidak suka berada disekolah.

mmg le bkn semua begitu...ianya bergantung juga pada siapa yg mentadbir...kalau ketua tu tegas dan ikut prosedur maka elokla sekolah itu. tak gitu.

kak kiah said...

Betul..betul..ari ini kak kiah terbaca cerita engkau orang ni, jadi kak kiah pun nak syer cerita org kl. UPSR abis dah, program lps upsr pulak utk thn enam..dah beri dan bcg nampak tak jalan ari cerap kelas thn enam memg sperti yg disangka ..ambil 2 org murid setiap kelas bawa macam itek pulang ptg ikut kak kiah di belakang.. selongkar bilik, kumpulkan alatan permainan dalaman dan serah tiap2 kls thn 6. Tujuannya utk mengisi masa waktu bm, bi mth dan sains..Waktu kh,kt,muzik,psv, psk mereka belajar mcm biasa..habiskan sukatan sebab 18OKTOBER ..PKSR 2. Moral of the story..cakap gb ambil ringan, guru lebih happy daripada murid bila exam dah habis.

noi said...

SALAM,
Habis UPSR, jadi masalah pada sekolah. Kelas lain pulak yang macam tahun enam. Hari-hari round sekolah. Naik letih kepala lutut. Kadangkala menjerit dalam telefon, suruh guru masuk kelas. Geram betul.
kita ni... bukannya jahat sangat. Masih ada rasa timbangrasa, tapi guru-guru buat tak kisah. Yang jadi masalahnya ialah guru bukan murid. Sakit dada dibuatnya.
tengoklah hujung tahun, nak senarai nama guru yang bermasalah. Hantar pada ppd. Dah puas nasihat dan tegur, masih macam tu juga...
so... saya buat laluan spa getir di pss sekolah. Ha...ha...

BINZAIN said...

OOO kak kiah...tak dapat bayangkan kak kiah jadi ibu itek...dgn lenggang lenggoknya dituruti oleh anak2 itek . heheeeee. apakata suruh aje guru subjek teras ajar subjek ting satu.boleh juga buat persediaan utk pelajar thn 6.

noi..
buat aapa jerit dlm tipon... berdiri aje dianjung sekolah ...jerit mcm tarzan.tentu cikgu2 sekolah tu takut giler. hhaaaa.

apapun kita sbg gb perlu maklumkan kpd penyelaras thn 6 ttg kehendak kem.aktiviti selepas upsr.

mpmn said...

aku tak pelik cite ttg bdy sek cina. mgkn bangsa cina ni taat pd ketua dan integriti dia org tinggi. sbb tu nabi suruh bljr smpai ng China.

kesedaran dia org tinggi dlm memajukan bangsanya. hg pernah jumpa ke org cina gi kedai org melayu kecuali kedai makan je. tp org melayu tak kisah. beza lima sen pun lari kedai cina pd hal kedai bangsa dia ada jual barangan tersebut. aku ckp ni bkn pasal rasist tp pakatan kaum cina dlm memajukan bangsa dia.

pasal prg selepas upsr, situasi yg sama berlaku di sek aku. aku sergah sekali masa guru-guru tengah makan n terus ajak mesy tergempar. tp dlm mesy aku tak marah2, santai je. skrg dah ok aku tgk. alhamdulillah.

aku nak benih pkk tunjuk langit tu. kws rmh aku ni luas boleh aku tnm byk2 n jual di pekan sehari.

BINZAIN said...

knape le ekau sergah guru2 tu. tersedah dan tercekit guru tu ekau juga yg susah.kalau meka saman ekau tu atas OSHA mcm mana?

ttg benih pokok tu ekau boleh tanya majlis bandaran tempat ekau...mesti ada.rupa2nya pokok ni banyak ditanam oleh majlis bandaran tempatan. baru2 ni sepanjang jln ke kuala perlis banyak terdapat pokok ni dn sedang berbuah dgn lebat. dikawasan rumah aku pun rupa2nya ada juga.eeeehhh mengapa aku tak perasan plak?

jm said...

tengok kelas kosong, tanya PK1.Atau kalau tak suka sergah, pegi je bilik guru tanya guru berkenaan.Dua tiga kali kena macam tu..insyaalah...
sms pun boleh jalan jgk..

BINZAIN said...

jm...kalau sms buat habis duit je....

kalau kelas kosong buat apa gikgu nak masuk..cikgu hanya masuk kalu kelas ada murid. hheheeeeee.

PokMeJutawe said...

salam1malaysia! katne boleh dapat benih pokok tunjuk langit. puas saya cari. tlg beri nasihat