RENUNGAN...... Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah ramadhan mengikut ADAT kerana Rasullullah SAW pernah bersabda: BARANG SIAPA MENGHIDUPKAN SUNNAHKU KETIKA ROSAK UMATKU MAKA BAGINYA MENDAPAT PAHALA SERATUS SYAHID.OLEH ITU BERHATI-HATILAH MELAKUKAN AMAL SUPAYA MEMPUNYAI NILAI YANG TINGGI DAN MENDAPAT KESAN YANG BAIK DISEPANJANG RAMADHAN.
Monday, June 1, 2009
BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA......!!!
Buruk atau baiknya perangai anak-anak kita di masa hadapan ditentukan oleh kita sendiri.Ia bermula dari saat kelahiran sehinggalah mereka memcecah usia dewasa.Allah telah mengamanahkan anak-anak kepada ibu bapa agar dibekalkan segala kasih sayang dan ilmu yang berguna di dunia dan akhirat.Maka janganlah kita mengabaikan tanggungjawab ini.
Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik, begitulah juga sebaliknya.anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya.Oleh itu, pastikan acuan yang anda gunakan adalah yang bersesuaian.
Amanah kepada guru-guru pula adalah untuk mencantikkan adunan dalam acuan tersebut, supaya anak-anak didiknya menjadi insan yang kamil dan bertakwa.APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA DAN PENDIDIK ??
RENUNGAN KATA-KATA ILMUAN:
"Jika anak dibesarkan dgn celaan,dia akan belajar mencaci"
"jika anak dibesarkan dgn permusuhan,ia akan belajar berkelahi"
"jika anak dibesarkan dgn cemuhan,ia akan belajar memencilkan diri"
"jika anak dibesarkan dgn kerjasama,ia akan belajar menahan diri"
"jika anak dibesarkan dgn motivasi,ia akan belajar menghargai"
"jika anak dibesarkan dgn sebaik-baik tindakan,ia akan belajar keadilan"
"jika anak dibesarkan dgn rasa selamat,ia akan belajar menyenangi diri sendiri"
"jika anak dibesarkan dgn kasih sayang dan persahabatan,ia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupan"
KEKAYAAN BUKANLAH SATU DOSA DAN KECANTIKAN BUKANLAH SATU KESALAHAN.OLEH ITU JIKA ANDA MEMILIKI KEDUA-DUANYA JANGANLAH ANDA LUPA PADA YANG MAHA BERKUASA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
boleh tak acuan lain kuihnya lain. mustahil tak?
tak mustahil la, kena tengok pada bahan2nya ler pulak....
kalau bahan2 nya sama, masuk lain2 acuan tapi rasanya tetap sama.contoh ramuan kuih bahulu kalau dimasukkan dlm acuah kek,maka jadi bahulu yg besar mcm kek.rasanya tetap bahulu.
sebab tu dikatakan bagaimana acuan begitu kuihnya.
Post a Comment