Tuesday, July 26, 2011

CHECK LIST - RAMADHAN YANG DIRINDUI...

Entah mengapa diketika dan saat ini...terasa rindu. Rindu kepada kedatangan Ramadhan yang akan menjelma tak lama lagi.Entah sempat atau tidak menemui bulan yang mulia ini...hanya Dia saja yang maha mengetahui.

Semoga kedatangan Ramadhan yang mendatang membawa penuh keberkatan, membawa perubahan dalam dalam diri ini, membawa keinsafan,membawa ketakwaan.......

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

CHECK LIST APA YANG PATUT DILAKUKAN.
1.MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN.
2.NIAT SEBULAN PADA MLM PERTAMA DAN NIAT UTK HARI2.
3.SOLAT ISYAK BERJAMAAH
4.SOLAT TERAWIH 20 RAKAAT.
5.TADARUS
6.TIDUR MALAM MEMBACA 4 AYAT TERAKHIR SURAH AL KAHFI AGAR BANGUN TEPAT JAM 4.00AM.
7.BANGUN JAM 4.00 AM DAN SETENGAH JAM DIPERUNTUKKAN UTK QIAMULLAIL RINGKAS(SOLAT
TAHAJJUD,TAUBAT DAN HAJAT)
8.JAM 5 AM MKN SAHUR.
9.JANGAN TIDUR SESUDAH SAHUR
10. SOLAT SUBUH BERJAMAAH
11. TADARUS
12. LAKUKAN SOLAT ISYRAQ
13. KERJA RUTIN SEHARIAN
14. JAM 11.00 AM SOLAT DHUHA
15. JAM 12 T/HARI TIDUR SEKEJAP (NIAT TIDUR WAKTU QAILULAH)
16. SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
17. TADARUS
18. SOLAT ASAR BERJAMAAH
19. WAKTU PETANG, GUNALAH UTK MAJLIS ILMU ATAU BERDOA KERANA WAKTU INI AMAT MUSTAJAB
20. BERBUKA PUASA ALA KADAR
21. SEGERA SOLAT MAGHRIB BERJAMAAH
22. MAKAN MALAM BERSAMA KELUARGA
23. SOLAT ISYAK DAN TARAWIH.

Thursday, May 19, 2011

LAWATAN PENGANTARABANGSAAN MGB SPUT

Tanggal 9 hingga 11 Mei yg lepas aku berkesempatan membuat lawatan pengantarabangsaan di Thailand.Lawatan ini dianjurkan oleh MGB SPUT.Pada permulaannya 3 buah sekolah akan dilawati.Tetapi memandangkan sekolah-sekolah diThailand baru mula beroperasi setelah bercuti selama 3 bulan ,kami berkesempatan melawat sebuah sekolah saja.

Phol witaya school merupakan sekolah swasta yg mempunyai pelajar seramai hampi 5000 pelajar diserata cawangannya.Bermula dari nursery hingga ke pra u.

Apa yg dpt dicontohi adalah displin pelajar2nya,sikap hormat,kebersihan sekolah dan komitment guru2nya.tidak ada meja guru diletakkan dihadapan kelas.Selama 50 minit satu waktu guru tidak berkesempatan utk duduk sambil mengajar.Kantin yg bersih.....dll.

Hatyai dan Songkhla mempunyai beberapa sekolah yg patut dilawati.Anuban school di songkhla patut dilawati.Rakan2 boleh melayari laman web sekolah2 ini.

Sunday, April 10, 2011

KURSUS PEMBANGUNAN KOPETENSI STAF

5 HINGGA 7 APRIL 2011.

Satu kursus yg cukup menarik dan berguna bagi pemimpin organisasi.Dah lama tak kursus, jadi ini la peluangnya.Bagus juga dibuat di BTPN...setiap hari ulang alik.Tak jemu.

Pengurus kursus,En Balasandran seorang pensyarah IABU yg berpengalamah dlm HRD. Objektif kursus ini adalah menyediakan sasaran kerja staf selaras dgn matlamat organisasi dan juga merancang program2 penambahbaikan utk meningkatkan kopentensi staf serta mampu menilai prestasi staf berdasarkan matlamat yg disasarkan.

Banyak ilmu pengetahuan yg dapat disampaikan terutamanya semasa sessi bengkel.Seperti biasa apabila sessi bengkel...aku le pembentangnya.Addduuuuhhhhh tak senang aku dibuatnya.Mujur la ilmu goreng mengoreng semasa di upsi masih ada lagi. hehheeeee

Wednesday, March 23, 2011

KENAPA DAN MENGAPA ?

Ikhlaskah Amerika di Libya ?

Serangan berterusan tentera bersekutu yang diketuai oleh USA ke atas kekedudukan tentera Libya sudah diketahui,namun ikhlaskah mereka membantu? Serangan yang didakwa ditujukan kepada lojistik senjata tentera Libya turut mengorbankan orang awam.OIC serta Liga Arab sekadar membantah(walaupun memberikan lampu hijau supaya libya diserang). Negara Islam sudah lama kehilangan roh jihad.Masing-masing mementingkan diri sendiri serta tidak mampu menangani masalah saudara seIslam,lihat sahajalah kepada isu Palestin yang tidak berkesudahan...

Tomohawk atau apa sahaja senjata USA diuji keberkesanannya membunuh umat Islam,lihat sahaja bagaimana di Iraq.Muammar Gadafhi pun satu hal membunuh rakyat sendiri dengan pelbagai senjata termasuk senjata berat,memang kerja gila....Apakah tentera Amerika akan mendarat di bumi Libya,kononya untuk membantu pemberontak menentang tentera yang setia kepada Muammar Gadafhi?Nampaknya umat islam akan terus disembelih oleh peluru buatan Amerika.

ikhsan dari :
Hijau lestari

Thursday, March 10, 2011

SAMAN :BAYAR ATAU TAK BAYAR

Setakat petang semalam negeri P.Pinang mengutip saman sebanyak RM24 juta (termasuk duit aku le ni).Hampir 17 juta yang kena saman belum bayar lagi.Kalau dihitung kesemuanya seluruh negara agaknya berapa juta ringgit PDRM dpt kumpulkan duit saman tu ha?

Minggu lepas aku check dibalai polis,ada 9 saman semenjak 2006 lagi yg belum dijelaskan.Masalahnya bukan tak nak jelas tapi surat tak dikirimkan, lagi pun saman ekor sah atau tak sah.

Pernah terjadi kes no kereta isteri ku disaman di P.Pinang atau kelajuan melebihi had.Ada 4 saman yg dikeluarkan suratnya.Isteri menuduh aku balik Penang,aku pula menuduh dia bawa sampai ke Penang tanpa pengetahuan aku.Mujur la ada tarikhnya yg mengingatkan aku.Tarikh2 tersebut aku berada di UPSI dan isteri berada dikampung.Aku terus ke balai polis di Penang utk mendapatkan pengesahannya.Aku ditunjukkan sekeping gambar yg jelas pemandunya memakai cermin mata hitam dan memandu kereta waja benombor plet kereta isteri ku.Dah sah bukan kereta isteri ku.Mujur la kami membawa salinan grant kereta. Dgn senang saja pegawai [olis tu mendelete aje. tutup kes.

Sah ke saman ekor ni? Mungkin banyak mangsa yang terkena seperti kes tadi.Yang aku tak puas hati bila kena saman di jalanraya yg kita tak perasaan dgn had kelajuannya. Kalau dilebuh raya tak apa...puas hati sebab kita tahu had lajunya.

Nak tak nak aku kena bayar dulu 3 saman RM 450 atas kesalahan 1. di lebuh raya utara selatan, 2. dibentong lebuh raya karak 3 jln federal dekat dgn sekolah aku. eeehhhhh ni yg nak mare ni.Kalau tak diblacklist.

Cuba fikir sekiranya banyak diblacklist, maka akan ada ramai yg memandu tanpa cukai jln dan lesen.

KERAJAAN PATUT SEDAR APA AKAN JADI PADA PILIHANRAYA UMUM NI, BANYAK RAKYAT SEDANG MERUNGGUT. KITA TUNGGU DAN LIHAT JE!!!!!!!!!dIUT SAMAN NAK BUAT APA HAAAAAA????

Monday, February 7, 2011

PROGRAM PENUTUR JATI 2011

Di bawah dasar memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI)Tahap 1, Kementerian Pelajaran Malaysia,sekolah aku terpilih untuk menyertai program ini. Seorang penutur jati dipertanggungjawab sebagai mentor bagi 5 buah sekolah.Mentor2 ini dikendalikan oleh sebuah syarikat yg telah dilantik oleh Kem.Pel. Msia.

P.Pinang mendapat 11 org penutur jati.Mentor2 ini ada yg berasal dari USA, N.Zealand, Britain, Ireland, Ukraine, S.Africa, Canada, America dan Australia.Mereka ni dibayar gaji agak lumayan juga. Diberi elaun sewa rumah RM800, kereta proton saga sebuah dan hand set berGPS lagi.Aku dapat dari N,Zealand.Masih lagi Miss.....

Kalau program ini dpt dijln spt yg diharapkan mmg la baik.Sebab fokus utama mentor2 ini adalah merancang,membina program dan akt utk guru BI. bersemuka dgn guru2 dlm kelompok, membimbing guru2, tunjukcara dlm kelas semasa P&P.kebanyakkan berfokus kpd guru2 bagaimana nak jlnkan P&P.

Program spt ini dulu pun dah ada,tapi setakat mana keberkesanannya menjadi persoalan.Adakah program kali ini juga akan jadi seperti dahulu? Banyak wang yg telah dilaburkan oleh kjaan.Rakyat nak lihat kejayaan program ini.Mestikah pelajar kita bertutur spt gaya bahasa penutur jati?

Apakah guru2 kita tidak layak mengajar BI berfokus fonetik? Kalau di ujudkan satu perjawatan utk guru2 BI tempatan, dpt juga mereka merasa imbuhan spt mana yg diberi kpd mentor2 ini. Banyak persoalan yg akan timbul dan banyak jawapan yg akan kita terima.........renung2 kan lah sendiri ttg program ini..

Thursday, September 23, 2010

ANTARA SJKC DAN SKY FRUIT ( TUNJUK LANGIT)

Alhamdulillah upsr dah tamat.Maka selesai la sudah sebahagian tugas ku sebagai penyelia kawasan.

Selama tiga hari berturut-turut melawat sekolah-sekolah dalam Daerah Butterworth.Apa yg dapat ku perhatikan disini, sekolah-sekolah sjkc, murid-murid nya lebih tertib dari murid sekolah kebangsaan.Suasana semasa peperiksaan senyap sunyi macam sekolah sedang bercuti.Padahal P&P sedang berjalan.Begitu juga semasa waktu rehat.Kawasan sekolah memang bersih.Pekerja mereka lebih rajin dari pekerja sekolah kita.Mungkin ini kah yang dikatakan satu budaya yang telah diamalkan.

Adakah kita perlu belajar cara pengurusan dari sjkc!!!!?????

Satu lagi yang nampak ketara ialah dari segi keceriaannya.Kalau diSK banyak pokok-pokok bunga ditanam tetapi tidak dijaga rapi...tetapi disjkc pokok-pokok besar yg ditanam,yang senang dijaga dan senang dirapi.Aku tertarik disatu sekolah sjkc yang aku lawati..ada lima pokok besar dan buah nya terpacak kearah langit.Lama juga aku merenungnya..sambil berfikir dimana ya aku pernah melihat pokok sebegini.

"Tu pokok tunjuk langit tuan"......sapaan seorang pekerja kebersihaan yang mungkin melihat gelagat ku tadi.Ahhhh baru aku teringat ini la "sky fruit"...risalah tentang buah dan khasiatnya pernah aku baca dlm internet.

Berkat bertegur sapa dgn pekerja tadi, keesokan hari aku diberi 2 biji buah sky fruit percuma.Buah ini memang mahal harganya..boleh memcecah puluhan malah ratusan ringgir sekilo.Benih pokok ini diberi oleh majlis bandaran.

Aku mula bercadang untuk menanam pokok ini dikawasan sekolah. Boleh dimanfaatkan...sebagai teduhan dan ubatan.

Kalau nak tahu tentang keistimewaan buah ini taip aje sky fruit/buah tunjuk langit.

Monday, September 13, 2010

HARI RAYA DAN PERHIMPUNAN KELUARGA

Sepatutnya raya tahun ini, giliran beraya dirumah mak mentua.Aku adakan peraturan begini sejak dari mula berumahtangga lagi.Perlu patuh pada peraturan dan perlu ada tolak ansur sekiranya ada hal2 yang penting berlaku.Itulah prinsip yang aku pegang selama ini.Aku tidak pernah sehari pun beraya pertama atau kedua dirumah sendiri.

Disebabkan ada perhimpunan keluarga yang besar akan diadakan pada hari raya kedua dirumah mak mertua,maka hari raya pertama aku bersama isteri beraya dirumah makbapak aku (untung juga kan)...

Perhimpunan keluarga sebelah bapak mertua ini diadakan setiap tahun dan disebelah mak mertua 2 tahun sekali.Ramai yg datang dan ada program2 yang telah diatur.Dari keluarga induk yg seramai 7 orang ,sekarang ini hanya tinggal 4 sahaja.Itu pun dah tua2 belaka.
aku baru tahu rupa2nya keluarga ini mempunyai blogspotnya : http://www.lebairazak.blogspot.com tapi rasanya dah lama tak update.bolehlah kalau ada sesiapa yg ingin melayarinya.

Monday, August 16, 2010

MERAIKAN ANAK YATIM DI BULAN RAMADHAN

Asalamualaikum wbt,

Bulan Ramadhan sudah menjelang . Seperti biasa banyak syarikat, jabatan serta individu sibuk menyusun jadual berbuka puasa. Sudah menjadi kelaziman setiap majlis yang adakan antara yang dijemput adalah anak-anak yatim. Alhamdulillah dengan adanya jemputan maka dapatlah anak-anak tersebut bergembira menikmati juadah yang istimewa. Saat ketibaan bulan Ramadhan sangat-sangat dinantikan oleh anak-anak tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah yang lain.

Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai panduan.

1. Jangan memilih

Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.. Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.

2. Sediakan kenderaan atau tambang

Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan, berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.

3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain

Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.

4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran

Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar. Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi latarbelakang sesi fotografi artis.

5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka

Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka dengan hidangan tetamu-tetamu lain.

6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua

Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan pakaian dan alat-alat tulis.

7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat

Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, berikan peluang kepada anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat sepanjang bulan ramadhan.

8. Jangan tahan mereka hingga larut malam

Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan cenderamata.

Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen, dipersilakan.

Sekian, selamat berpuasa.

Tuesday, July 27, 2010

RAMADHAN YANG DIRINDUI

Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita boleh melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)
Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Artinya, ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita..Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).
Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu firman Allah di dalam Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa':7.

Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun- nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri-anak, dan kaum kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

Peringatan ini khas ditujukan kepada diri ku ini, isteri, anak, kaum kerabat dan sahabat handai. Moga-moga ramadhan ini kita semua bersedia menghadapi dan memperolehi keberkatannya. Amin.

Monday, April 5, 2010

ADAKAH CINTA MEMERLUKAN SEBAB?? ::

Untuk renungan rakan-rakan bloggers,aku paparkan email yang aku terima dari sahabat lama.......catatlah andaian dan komen anda mengenai kisah ini.

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada sisuami. Ini dialog mereka :

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si Suami menarik nafas panjang dan dia berkata :
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama
Sayang!"

Si Isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

Apakah komen anda,sekiranya isteri anda meminta mengapa dan sebab anda mencintainya.


Wednesday, March 10, 2010

SYUKUR MENAMBAH KEKAYAAN

Syukur menambah kekayaan

Mencari kekayaan memang digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW sendiri walaupun bukan kaya harta benda, tetapi tidak pernah mengabaikan aspek mencari rezeki. Ketika remaja, baginda menjadi penternak dan penggembala kambing, sebelum menceburi bidang perniagaan. Hanya selepas diangkat sebagai Rasulullah, baginda lebih menumpukan usaha kepada dakwah.

Bagaimanapun orang berharta yang paling baik sudah tentulah daripada kalangan orang yang juga beramal dan berbuat kebaikan. Hal ini seperti ditegaskan Allah SWT dalam firmannya dalam surah al-Kahfi ayat 46 yang bermaksud, “Harta benda dan anak-pinak adalah perhiasan dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik disisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberikan harapan.”

Umat Islam digalakkan menjadi umat yang kaya-raya, kerana dengan kekayaan itu mereka dapat melancarkan lagi amal ibadat dan melaksanakan tuntutan syarak. Menjadi miskin kadang kala dibimbangkan akan menjebakkan seseorang itu ke dalam kekufuran. Hal ini seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Naim daripada Anas r.a. yang bermaksud, “Hampir-hampir kefakiran itu menjadi kufur.”

Menjadikan Harta Jambatan Ibadah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan mengutamakan kehidupan peribadi lebih daripada kepentingan masyarakat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah SWT untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah SWT.
Oleh itu setiap individu perlu berwaspada agar tidak menjadikan harta kekayaan sebagai alasan untuk melupakan perintah dan suruhan Allah SWT sebaliknya menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas bersungguh-sungguh kerana golongan seperti ini bukan sahaja akan beruntung di dunia bahkan mendapat ganjaran besar yang di akhirat kelak.

Dalam Islam, kekayaan mestilah diperoleh dengan cara halal dan matlamatnya juga harus betul iaitu untuk melaksanakan tuntutan syarak. Apabila kaya, jangan lupa bersyukur, jangan berbelanja boros atau jangan terlalu kedekut. Bersyukurlah dengan kekayaan itu kerana dalam setiap kekayaan yang kita perolehi sebenarnya ada hak yang perlu ditunaikan.


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)

Tuesday, March 2, 2010

STEVIA UNTUK KAWAN KU

Pokok Stevia @ Pokok Gula
Buat kawan2 atau keluarga yang mengalami penyakit kencing manis.Mungkin ini merupakan satu ikhtiar untuk menjadi penawar penyakit tersebut.

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.
Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.
Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.
Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi. Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Monday, February 8, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH: MANUSIA HANYA MERANCANG ,ALLAH JUA YANG MENENTUKAN

Sebagaimana yang aku janjikan kepada kalian tetap aku tunaikan.Tahun hijirah 1430 merupakan tahun yang tak dapat dilupakan.Sudah 3 siri kursus haji aku tertinggal kerana surat panggilan dihantar ke alamat rumah lama begitu juga dengan surat jawapan menunaikan haji (senarai menunggu).

Tapi pada aku, aku yakin sekiranya telah tersurat aku tetap boleh kesana.Aku membuat rayuan dengan mengisi borang jawapan dan memberi alasan yang munasabah kepada pihak atasan LUTH.Dalam borang tersebut aku membuat pilihan untuk mengerjakan haji ifrad. Dijangka akan bertolak dalam pertengahan musim haji dan pulang awal minggu pertama Januari 2010.

Entah macammana,mungkin ini juga satu suratan yang kita tidak rancang,aku menerima surat panggilan menunaikan haji 2 minggu sebelum berangkat ke tanah suci.Fikiran pada masa itu memang bercelaru.Yang dirancang tak dapat pula.Bukan apa, tarikh penerbangan itu sebelum cuti sekolah,aku terpaksa memikirkan persekolahan anak aku.

Sekali lagi aku memikirkan untuk membuat rayuan, tapi aku rasa malu.Malu kerana kalau nak dikirakan status aku hanyalah "status menunggu giliran".Entah dapat atau tidak....

Aku terpaksa buat keputusan,aku terima apa yang telah ditetapkan.Penerbangan pertama dari P.Pinang KT05(berlepas 20 Okt dan pulang 5 Dis 2009).Terpaksalah mengerjakan haji tamattuk.Kalau haji Ifrad kena berada dalam patang larang terlalu lama sangat....mana mungkin.Aku terima ketetapan ini. Mesti ada hikmahnya yg kita tidak tahu,hanya DIA sahaja yang maha mengetahui.

Memang benar,kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.Seminggu sebelum berangkat ke tanah suci,isteri ku menerima berita dari pihak OUM.Tesis pengajian akhir perlu dihantar sebelum 31 Dis 2009 dan peperiksaan akhir pada 10 Dis 2009.Fuuuh lega rasanya,kalau tidak isteriku kena tangguh pengajiannya.Inilah hikmahnya yang kita kita tahu,mungkin ada lagi .........????

Wednesday, January 13, 2010

DHUYUF AL-RAHMAN

Syukur Alhamdulillah, terpilih juga aku sebagai tetamu Al-Rahman.Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam,yang telah memfardhukan ibadat haji yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan,yang di dalamnya mengandungi satu hari yang menghimpunkan semua tetamu dan kekasihnya dalam satu suasana munajat yang penuh syahdu yang tidak wujud pada hari yang lain kecuali hari itu.

Kalau diikutkan giliran, memang lambat lagi. Giliran mungkin pada tahun 2011.Tapi entah macammana, mungkin kerana terlalu kerinduan teramat sangat,doa telah dimakbulkan.Aku pernah menunaikan umrah pada tahun 1997,bayangkan begitu lamanya baru dapat kembali ke tanah suci ini.

Melalui blog ini aku akan coretkan pengalaman dan kenangan-kenangan semasa berada ditanah suci Makkah & Madinatul Munawarah.

Bagaimana aku dapat pergi menunaikan umrah pada tahun 1997.Memang pada masa itu wang tidak mencukupi boleh dikatakan tiada langsung.Mustahil aku dapat kesana.Entah mengapa perasaan dan rasa ingin ketanah suci pada masa itu meluak-luak.Resah gelisah rasanya.

Kerana azam dan kehendak yang begitu kuat, aku nekad menjalankan perniagaan jualan secara langsung.Memang pada masa itu syarikat tersebut terlalu top.Bermodalkan pinjaman wang dari isteri yang mengeluarkan simpanan dari tabung hajinya, kami memulakan "all out" perniagaan tersebut.Dalam masa lebih kurang sebulan setengah aku mencapai taraf pangkat yang tertinggi.Komisyen jualan dan tajaan memang banyak.Lebih kurang 3 atau 4 bulan aku dapat kumpul wang dan dapat mencapai hajat ketanah suci.

Syukur Alhamdulillah,kerana tertunai juga hajat aku.Itulah pertama kali aku menjejak kaki kesana.Madinatul Mudawarah terlalu indah,makam rasul dan para sahabat terasa kesayuannya.Menitis air mata apabila membuat ziarah widaq.Makkah Mukarramah terlalu terpesona.Kali pertama melihat tersergamnya Kaabah, kiblat umat Islam.Terasa keagungnya,kebesaran Allah SNT, pengorbanah Nabi Allah Ismail dan Ibrahim.Seego mana manusia, aku pasti akan meleleh air matanya.Rasa berdosa yang amat sangat yang telah banyak kita lakukan.

Berdoa dihadapan Multazam, semoga ianya diterima dan dimakbulkan oleh Allah SNT.Banyak yang telah dimakbulkan oleh Nya.Syukur Alhamdulillah.Apabila kembali ke tanah air,perniagaan yang telah aku lakukan tidak dapat bertahan lama.Dengan sendirinya ia beransur-ansur terhenti.Mungkin ini yg dimakbulkan oleh Allah.Allah saja yang maha mengetahui.Mungkin kerana niat aku berniaga kerana hendak ketanah suci saja.

Apa pun sekarang ini aku faham sekiranya Allah hendak menerima kita sebagai tetamunya,tanpa wang atau giliran pun kita dapat kesana juga.Yang penting keazaman dan doa yang bersungguh-sungguh.

Kawan-kawan aku akan catat lagi pengalaman semasa menunaikan haji.Bagaimana dapat aku kesana.Itu pun kalau ada kawan-kawan yang sudi membacanya.

Monday, September 28, 2009

RUMAH TERBUKA

RUMAH TERBUKA : SATU KONSEP MURNI ERAT SILATURAHIM

Rumah terbuka sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini paling istimewa pada sambutan Aidilftri sepanjang bulan Syawal.

Nikmat syawal juga nyata paling bernilai buat umat Islam di negara ini, berikutan amalan rumah terbuka adalah pentas untuk bertemu, berkenal mesra mahupun menjamu tetamu bagi mensyukuri rezeki yang diterima.

Yang jelas amalan ini juga menjadi medan antara tetamu dan penganjur untuk lebih mengenali secara istimewa termasuk anak-anak rakan, isteri serta keluarga masing-masing berikutan kebiasaan pertemuan antara mereka hanya terhad di pejabat atau di tempat kerja.

Alhamdullillah syukur ,pada tahun ini saya dapat mengadakan rumah terbuka. Terima kasih kepada staf SKBL, SMKDLP, jiran2, keluarga saya dan sebelah isteri dan sahabat handai yang berkunjung pada hari raya ke 5 bersamaan 24 Sept. 2009.

Walaupun penat melayan tetamu sehingga kemalam, tetapi rasa puas kerana dapat berjumpa, berkenal-kenalan dan bermaaf-maafan. Rumah terbuka ini juga seperti ”reunion kecil” bagi member serumah no 210 kolej Aminuddin Baki UPSI dulu.
Terima kasih Ya Lazim dan Ya Ansori beserta keluarga kerana hadir. Khalil tidak dapat hadir kerana keletihan mengemas rumah, Hafiz kerana jauh di N9.

Kepada kekawan lain saya pohon maaf kerana tak sempat menjemput. Perancangan untuk mengadakan rumah terbuka ini hanya last minit saja.Itu pun mujur ada katerer yang sanggup. Terima kasih kepada PAQDA Catering yang sanggup .Kawan-kawan yang tinggal berhampiran dengan SP saya syorkan kalau nak buat majlis kenduri atau jamuan boleh ambil katerer ini. Masakannya sedap.Iklannya ada dlm internet, boleh pilih menu yang kita kehendaki.

Saat kegembiraan di bulan Syawal yang mulia ini, janganlah sesekali kita melampaui batas atau terlupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua, samada kita berada dalam kelompok kaya, sederhana mahupun miskin.

Semoga amalan kita mensyukuri nikmat apa yang kita terima dengan rezeki melimpah ruah sepanjang Ramadan dan Syawal dipulangkan dengan pahala yang besar, serta keberkatan daripadaNya.

Tidak dapat dinafikan inilah keistimewaan Aidilfitri dalam bulan Syawal yang tidak diperolehi dalam bulan-bulan yang lain, berikutan di bulan inilah kita dapat berjumpa dan berkenal-kenalan, selain bertemu saudara yang jauh sambil bermaaf-maafan dengan melupakan persengketaan untuk dileraikan dengan ikatan persaudaraan yang sejati.

Simboliknya, Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai jambatan mengeratkan tali persaudaran ke arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni.

Aidilfitri secara langsung merapatkan hubungan rakan sekerja dalam suasana yang lebih harmoni atas dasar kesungguhan bekerja, produktiviti meningkat, galakan untuk bekerja lebih berkualiti selain merapatkan hubungan mesra berikutan keterbatasan pergaulan di pejabat.

Janganlah kita menjadikan Aidilfitri sebagai medan pembaziran, ruang mengisi hari hari Syawal dengan kelalaian atau pentas merenggangkan hubungan sesama insan kerana ianya amat merugikan bukan sahaja buat diri, keluarga dan negara.

Monday, September 14, 2009

KESIBUKKAN DAN DUGAAN DIBULAN RAMADHAN

Terima kasih kepada semua guru-guru SKBL yang telah bertungkus lumus dalam segala program sekolah.Sebelum,semasa dan selepas UPSR. Kerjasama sebegini melambangkan keakraban yang telah sekian lama terjalin.

Tumbang seekor lembu dan gotong royong memasak menu untuk berbuka memang memerlukan banyak tenaga, tapi Alhamdulillah kita berjaya juga menganjurkan nya.

Majlis Iftor Jamaie Ramadhan membuktikan kekuatan kerjasama yang telah diberikan.Bukan senang nak menganjur majlis ini dimana pada malam itu ibubapa,murid,Executive SD dan Msia Prihatin juga turut hadir.

Kepada semua penyumbang, tidak kira sama ada dlm bentuk kebendaan,kewangan dan tenaga saya ucapkan berbanyak terima kasih.Anak2 murid yang yatim dan murid miskin tentu terhibur kerana dapat bantuan kewangan.syukur Alhamdulillah, Allah saja yg dapat membalaskan nya kepada para penyumbang.

Dalam kesibukkan kerja rutin sekolah,saya juga terpaksa menerima dugaan.Ayahanda saya telah dimasukkan ke Hospital kerana disyaki mengidap kanser darah tahap 3 (luekimia ).Sehingga hari ini masih lagi berada di hospital Alor setar( 10 hari dah). Kami adik beradik bergilir2 menjaganya.Saya sempat menjaganya selama 2 malam.
Semuga kesibukkan dan dugaan dibulan Ramadhan ini dapat ditempuhi dan diberkati Allah SNT.Didoakan semoga ayahanda akan sembuh dan dapat beraya dirumah.Amin.

Friday, June 26, 2009

RINDU SERINDUNYA

Rindu satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah..
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman.
Rindu ku adalah terhadap Baitullah yang pernah aku kunjungi lebih kurang 12 tahun yang lalu sewaktu menunaikan umrah. Kini rindu itu begitu menebal, melonjak-lonjak untuk kesana kembali.Aku doakan semoga senarai menunggu untuk mengerjakan fardhu haji tahun ini yang aku terima tempoh hari menjadi kenyataan di senaraikan dalam pilihan insan yang berjaya dipilih.Tak dapat ku bayangkan betapa sayunya apabila pertama kali melihat kaabah,menitis air mata kejantanan yang selama ini tidak pernah mengalir keluar.Se ego mana pun insan itu,aku percaya apabila melihat kaabah dia pasti menitis air mata tanpa dipaksa.Air mata keinsafan atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada disedari atau tanpa disedari.
Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepadaku. Aku juga harus bersyukur kerana aku mungkin akan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal ku seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Aku berharap kawan-kawan dapat mendoakan aku mengerjakan haji ifrad pada tahun ini.Pada kawan-kawan yang mengenali ,aku mohon maaf sekiranya ada kesilapan, terguris hati dan halalkan makan minum selama perkenalan kita.
Aku bercadang untuk mengerjakan Haji Ifrad.Haji Ifrad memerlukan pengorbanan dan pantang larang yang ketat yang perlu dihadapi.Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Semoga aku dapat menempuhi cabaran-cabaran sewaktu mengerjakannya.