Monday, February 8, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH: MANUSIA HANYA MERANCANG ,ALLAH JUA YANG MENENTUKAN

Sebagaimana yang aku janjikan kepada kalian tetap aku tunaikan.Tahun hijirah 1430 merupakan tahun yang tak dapat dilupakan.Sudah 3 siri kursus haji aku tertinggal kerana surat panggilan dihantar ke alamat rumah lama begitu juga dengan surat jawapan menunaikan haji (senarai menunggu).

Tapi pada aku, aku yakin sekiranya telah tersurat aku tetap boleh kesana.Aku membuat rayuan dengan mengisi borang jawapan dan memberi alasan yang munasabah kepada pihak atasan LUTH.Dalam borang tersebut aku membuat pilihan untuk mengerjakan haji ifrad. Dijangka akan bertolak dalam pertengahan musim haji dan pulang awal minggu pertama Januari 2010.

Entah macammana,mungkin ini juga satu suratan yang kita tidak rancang,aku menerima surat panggilan menunaikan haji 2 minggu sebelum berangkat ke tanah suci.Fikiran pada masa itu memang bercelaru.Yang dirancang tak dapat pula.Bukan apa, tarikh penerbangan itu sebelum cuti sekolah,aku terpaksa memikirkan persekolahan anak aku.

Sekali lagi aku memikirkan untuk membuat rayuan, tapi aku rasa malu.Malu kerana kalau nak dikirakan status aku hanyalah "status menunggu giliran".Entah dapat atau tidak....

Aku terpaksa buat keputusan,aku terima apa yang telah ditetapkan.Penerbangan pertama dari P.Pinang KT05(berlepas 20 Okt dan pulang 5 Dis 2009).Terpaksalah mengerjakan haji tamattuk.Kalau haji Ifrad kena berada dalam patang larang terlalu lama sangat....mana mungkin.Aku terima ketetapan ini. Mesti ada hikmahnya yg kita tidak tahu,hanya DIA sahaja yang maha mengetahui.

Memang benar,kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.Seminggu sebelum berangkat ke tanah suci,isteri ku menerima berita dari pihak OUM.Tesis pengajian akhir perlu dihantar sebelum 31 Dis 2009 dan peperiksaan akhir pada 10 Dis 2009.Fuuuh lega rasanya,kalau tidak isteriku kena tangguh pengajiannya.Inilah hikmahnya yang kita kita tahu,mungkin ada lagi .........????