Wednesday, January 13, 2010

DHUYUF AL-RAHMAN

Syukur Alhamdulillah, terpilih juga aku sebagai tetamu Al-Rahman.Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam,yang telah memfardhukan ibadat haji yang penuh dengan kelebihan dan keutamaan,yang di dalamnya mengandungi satu hari yang menghimpunkan semua tetamu dan kekasihnya dalam satu suasana munajat yang penuh syahdu yang tidak wujud pada hari yang lain kecuali hari itu.

Kalau diikutkan giliran, memang lambat lagi. Giliran mungkin pada tahun 2011.Tapi entah macammana, mungkin kerana terlalu kerinduan teramat sangat,doa telah dimakbulkan.Aku pernah menunaikan umrah pada tahun 1997,bayangkan begitu lamanya baru dapat kembali ke tanah suci ini.

Melalui blog ini aku akan coretkan pengalaman dan kenangan-kenangan semasa berada ditanah suci Makkah & Madinatul Munawarah.

Bagaimana aku dapat pergi menunaikan umrah pada tahun 1997.Memang pada masa itu wang tidak mencukupi boleh dikatakan tiada langsung.Mustahil aku dapat kesana.Entah mengapa perasaan dan rasa ingin ketanah suci pada masa itu meluak-luak.Resah gelisah rasanya.

Kerana azam dan kehendak yang begitu kuat, aku nekad menjalankan perniagaan jualan secara langsung.Memang pada masa itu syarikat tersebut terlalu top.Bermodalkan pinjaman wang dari isteri yang mengeluarkan simpanan dari tabung hajinya, kami memulakan "all out" perniagaan tersebut.Dalam masa lebih kurang sebulan setengah aku mencapai taraf pangkat yang tertinggi.Komisyen jualan dan tajaan memang banyak.Lebih kurang 3 atau 4 bulan aku dapat kumpul wang dan dapat mencapai hajat ketanah suci.

Syukur Alhamdulillah,kerana tertunai juga hajat aku.Itulah pertama kali aku menjejak kaki kesana.Madinatul Mudawarah terlalu indah,makam rasul dan para sahabat terasa kesayuannya.Menitis air mata apabila membuat ziarah widaq.Makkah Mukarramah terlalu terpesona.Kali pertama melihat tersergamnya Kaabah, kiblat umat Islam.Terasa keagungnya,kebesaran Allah SNT, pengorbanah Nabi Allah Ismail dan Ibrahim.Seego mana manusia, aku pasti akan meleleh air matanya.Rasa berdosa yang amat sangat yang telah banyak kita lakukan.

Berdoa dihadapan Multazam, semoga ianya diterima dan dimakbulkan oleh Allah SNT.Banyak yang telah dimakbulkan oleh Nya.Syukur Alhamdulillah.Apabila kembali ke tanah air,perniagaan yang telah aku lakukan tidak dapat bertahan lama.Dengan sendirinya ia beransur-ansur terhenti.Mungkin ini yg dimakbulkan oleh Allah.Allah saja yang maha mengetahui.Mungkin kerana niat aku berniaga kerana hendak ketanah suci saja.

Apa pun sekarang ini aku faham sekiranya Allah hendak menerima kita sebagai tetamunya,tanpa wang atau giliran pun kita dapat kesana juga.Yang penting keazaman dan doa yang bersungguh-sungguh.

Kawan-kawan aku akan catat lagi pengalaman semasa menunaikan haji.Bagaimana dapat aku kesana.Itu pun kalau ada kawan-kawan yang sudi membacanya.