Friday, June 26, 2009

RINDU SERINDUNYA

Rindu satu emosi yang sememangnya terdapat dalam diri manusia normal.. Rindu, adalah satu emosi yang terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Kalau bercerita pasal rindu kebanyakan dari kita mengaitkan kepada perasaan terhadap yang tersayang namun sebenarnya perasaan rindu ini lebih dari itu.
Rindu selain kepada manusia boleh juga dikaitkan dengan rindu pada kenangan lalu, tempat, barang kesayangan dan sebagainya.. Kebiasaannya perasaan rindu akan datang apabila sesuatu itu hilang untuk jangkawaktu yang lama tapi ada juga insan-insan yang dalam era percintaan yang merindu walaupun beberapa saat berpisah..
Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman.
Rindu ku adalah terhadap Baitullah yang pernah aku kunjungi lebih kurang 12 tahun yang lalu sewaktu menunaikan umrah. Kini rindu itu begitu menebal, melonjak-lonjak untuk kesana kembali.Aku doakan semoga senarai menunggu untuk mengerjakan fardhu haji tahun ini yang aku terima tempoh hari menjadi kenyataan di senaraikan dalam pilihan insan yang berjaya dipilih.Tak dapat ku bayangkan betapa sayunya apabila pertama kali melihat kaabah,menitis air mata kejantanan yang selama ini tidak pernah mengalir keluar.Se ego mana pun insan itu,aku percaya apabila melihat kaabah dia pasti menitis air mata tanpa dipaksa.Air mata keinsafan atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan sama ada disedari atau tanpa disedari.
Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepadaku. Aku juga harus bersyukur kerana aku mungkin akan dipilih oleh Allah menjadi tetamu-Nya dengan mengunjungi Baitullah bagi menunaikan fardhu haji. Insya-Allah. Mudah-mudahan Ibadat Haji yang akan dikerjakan menjadi satu ibadat yang boleh memberikan satu pengajaran dan pedoman bagi meningkatkan iman dan amal ku seterusnya bagi menuju jalan yang diredhai Allah untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Ibadat haji selain daripada berfungsi mensucikan dosa-dosa, ia juga merupakan bekalan yang tepat menuju akhirat setelah sekian lama kita hidup di dunia yang fana ini. Aku berharap kawan-kawan dapat mendoakan aku mengerjakan haji ifrad pada tahun ini.Pada kawan-kawan yang mengenali ,aku mohon maaf sekiranya ada kesilapan, terguris hati dan halalkan makan minum selama perkenalan kita.
Aku bercadang untuk mengerjakan Haji Ifrad.Haji Ifrad memerlukan pengorbanan dan pantang larang yang ketat yang perlu dihadapi.Haji Ifrad ialah berniat Ihram Haji sahaja dari miqat kemudian hendaklah kekal di dalam Ihramnya sehingga ke hari Nahar (korban). Orang Haji yang mengerjakan Haji Ifrad tidak dikenakan Dam. Semoga aku dapat menempuhi cabaran-cabaran sewaktu mengerjakannya.

Saturday, June 13, 2009

MAKHLUK JIN & SYAITAN

Dalam tempoh sekolah bercuti,aku sempat membeli dan membaca sebuah buku "Perangkap Jin & Syaitan".Tak lah setebal mana,ungkapan bahasa yang digunakan begitu mudah difahami. Kupasan isinya memang menarik.Pada pandangan aku kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini kita perlu tahu.

Sebab bermula dari ciptaan Adam & Hawa, perasaan dendam dan hasad dengki sentiasa bermain di benak fikiran syaitan.Pelbagai perancangan strategik yang direncanakan untuk menyingkirkan Adam & Hawa dari syurga.Akhirnya mereka tertewas dalam perangkap syaitan.apatah lagi kita sebagai makhluk Allah SWT yg lemah ini sentiasa perlu berwaspada terhadap perangkap syaitan ini.

Mendekatkan diri dan memohon perlindungan kepada Allah SWT setiap masa merupakan jaminan dan senjata yang terbaik dalam mempertahankan diri dari perangkap jin & syaitan.Disamping itu juga, mempelajari dan mengetahui perwatakan yang dimiliki syaitan juga mampu mempertahankan diri.Tipu daya dan hasutan yang ditebarkan tidak pernah berkurangan dan terhenti melainkan apabila tibanya saat kehancuran dunia ini.

Semoga apa yang aku dapat perolehi daripada buku yang dibaca ini dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan bloggers, InsyaAllah.

DIALOG IBLIS DENGAN ALLAH SWT.
Anas b. Malik r.a. berkata begini :

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam tempat kediaman utk mereka
berteduh dn berzikir kepdaMu,dimanakah tempat untuk aku pula?

Firman Allah : Tempat kediamanmu adalah didalam tandas.

Iblis : Wahai tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul dimasjid,dimana
pula tempat untukku berkumpul?

Firman Allah : Tempatmu berkumpul ialah pasar2,pesta,pusat membeli belah,kelab2
malam,tempat2 hiburan serta majlis2 maksiat.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam itu kitab (AlQuran)untuk
mereka baca,apapula bahan bacaanku?

Firman Allah : Bacaan untuk mu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan azan untuk anak Adam memanggil orang
bersembahayang, apa pula azan untukku ?

Firman Allah : Azan untukmu ialah seruling.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah menghantar utusanMu dari para Rasul dan Nabi,
siapakah yang menjadi utusanku?

Firman Allah : Para utusanmu terdiri daripada bomoh,tabib dan dukun yang menduakan
aku.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam kitab suci Alquran yang
bertulis, apakah pula tulisan bagiku ?

Firman Allah : Tulisanmu ialah tatu,gincu serta lukisan dibadan.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam minuman yang halal yang
disebutkan namaMu, apakah pula minuman untukku?

Firman Allah : Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebut namaKu
padanya.

Iblis : Wahai tuhanku! engkau telah berikan anak Adam perangkap, apakah pula
perangkap bagiku ?

Firman Allah : Perangkap bagimu ialah wanita.

Sama-samalah kita renung dialog tersebut dan membuat analisis dengan keadaan semasa.Semoga ianya menjadi panduan kepada semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh kita supaya tidak terperangkap dengan tipu daya syaitan.

Tuesday, June 2, 2009

Monday, June 1, 2009

BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUIHNYA......!!!



Buruk atau baiknya perangai anak-anak kita di masa hadapan ditentukan oleh kita sendiri.Ia bermula dari saat kelahiran sehinggalah mereka memcecah usia dewasa.Allah telah mengamanahkan anak-anak kepada ibu bapa agar dibekalkan segala kasih sayang dan ilmu yang berguna di dunia dan akhirat.Maka janganlah kita mengabaikan tanggungjawab ini.

Didikan yang baik tentunya akan menghasilkan anak-anak yang baik, begitulah juga sebaliknya.anak-anak mempelajari dunianya melalui acuan yang dibekalkan oleh ibu bapanya.Oleh itu, pastikan acuan yang anda gunakan adalah yang bersesuaian.

Amanah kepada guru-guru pula adalah untuk mencantikkan adunan dalam acuan tersebut, supaya anak-anak didiknya menjadi insan yang kamil dan bertakwa.APAKAH PERANAN ANDA SEBAGAI IBU BAPA DAN PENDIDIK ??

RENUNGAN KATA-KATA ILMUAN:

"Jika anak dibesarkan dgn celaan,dia akan belajar mencaci"
"jika anak dibesarkan dgn permusuhan,ia akan belajar berkelahi"
"jika anak dibesarkan dgn cemuhan,ia akan belajar memencilkan diri"
"jika anak dibesarkan dgn kerjasama,ia akan belajar menahan diri"
"jika anak dibesarkan dgn motivasi,ia akan belajar menghargai"
"jika anak dibesarkan dgn sebaik-baik tindakan,ia akan belajar keadilan"
"jika anak dibesarkan dgn rasa selamat,ia akan belajar menyenangi diri sendiri"
"jika anak dibesarkan dgn kasih sayang dan persahabatan,ia akan belajar menghayati cinta dan kasih sayang dalam kehidupan"

KEKAYAAN BUKANLAH SATU DOSA DAN KECANTIKAN BUKANLAH SATU KESALAHAN.OLEH ITU JIKA ANDA MEMILIKI KEDUA-DUANYA JANGANLAH ANDA LUPA PADA YANG MAHA BERKUASA.

BAHAYA TELEFON BIMBIT

Sekadar buat renungan kawan-kawan yang menggunakan lebih dari satu telefon bimbit.JANGAN BACA MESSAGE INI !!!!!.

Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas sebiji telur mentah telah dijlnkan.Bahan yg digunakan ialah sebiji telur dan duah buah telefon bimbit.prosedurnya, telur diletakkan ditengah dan telefon bimbit diletahkan dikedua-dua belah, kiri dan kanan.

Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh masa selama lebih kurang 65 minit. hasilnya seperti berikut.
15 minit - tiada apa yg berlaku
25 minit - telur mulai panas
45 minit - telur telah panas
65 minit - telur telah masak

Kesimpulan: Radiasi drpd telefon bimbit mampu utk mengubah protein telur.Bayangkan apa yg ia mampu buat kpd protein otak apabila anda berbualdlm tempoh masa yg panjang.

Saya menginggat diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.Bagaimana dengan telefon bimbit yg disimpan di pinggang? Bagaimana pula mereka yg menyimpan dua buah telefon bimbit, satu dikocek kanan dan satu dikocek kiri? (bukan apa takut masak telur tuuuu....)